Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan Anggota Parlimen Saidi Shariff meninggal dunia pada usia 79 tahun

Mantan anggota parlimen Parti Tindakan Raykat (PAP) Saidi Shariff meninggal dunia 5.54 pagi tadi di Hospital Besar Ng Teng Fong akibat serangan jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Anggota Parlimen Saidi Shariff meninggal dunia pada usia 79 tahun

Allahyarham Saidi Shariff (tengah). (Gambar-gambar Ihsan: Sumiyati Saidi)

SINGAPURA: Mantan anggota parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Saidi Shariff meninggal dunia 5.54 pagi tadi di Hospital Besar Ng Teng Fong akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 79 tahun, meninggalkan tiga orang anak dan tujuh cucu.

Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Al-Khair di Choa Chu Kang berdekatan rumah anaknya.

Allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Zuhur.

Menurut anaknya, Cik Sumiyati Saidi, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu selepas hilang selera makan.

Allahyarham merupakan AP bagi kawasan undi Kaki Bukit dari tahun 1980 hingga 1984.

Beliau juga adalah antara anggota pengasas Yayasan MENDAKI.

Pada awal tahun 2000, Allahyarham menulis autobiografi beliau bagi dijadikan rujukannya dan anggota keluarga tentang tugas yang beliau lakukan semasa berkhidmat dalam arena politik Singapura.

Beliau adalah antara 25 AP PAP yang dimuatkan dalam buku autobiografi berjudul We Also Served: Reflections of Singapore's former PAP MPs (Kami Juga Berkhidmat: Refleksi mantan AP PAP Singapura) yang merakam kisah dan pengalaman mereka berkhidmat kepada negara sejak sebelum kemerdekaan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan