Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan ahli ekonomi GIC, TOC diberi arahan pembetulan POFMA berhubung kenyataan palsu defisit HDB

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan ahli ekonomi GIC, TOC diberi arahan pembetulan POFMA berhubung kenyataan palsu defisit HDB

Lakaran artis untuk flat BTO di Central Weave @ AMK. (Gambar: HDB)

SINGAPURA: Arahan pembetulan dikeluarkan kepada laman berita alternatif The Online Citizen (TOC) dan Encik Yeoh Lam Keong, mantan ketua firma pelaburan Singapura GIC, selepas mereka memuat naik kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung defisit Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rizab lalu Singapura.

Encik Yeoh menerbitkan dua catatan di laman Facebook pada 4 Okt, sambil merujuk kepada jawapan parlimen daripada Menteri Pembangunan Negara kepada soalan Encik Leong Mun Wai mengenai HDB yang menanggung kerugian pembangunan sekitar S$270 juta daripada projek Bina Ikut Tempahan Central Weave @ Ang Mo Kio.

Dalam kenyataan medianya pada Jumaat (14 Okt), Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan catatan-catatan Encik Yeoh menyatakan dengan salah bahawa HDB tidak akan menanggung kerugian sekitar S$270 juta daripada projek itu, dan bahawa pemerintah bebas untuk menjual tanah negara pada kos nominal atau lebih rendah dariapda nilai pasaran yang saksama.

Pada 5 Okt, TOC menerbitkan artikel kedua dengan tajuk “Singapore’s reserves substantially profits from S$500m land sales in AMK BTO”.

Rencana itu mendakwa jawapan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee di parlimen menyentuh tentang "keuntungan yang diraih daripada penjualan tanah oleh pemerintah" dan bahawa "keuntungan sedemikian akan masuk ke dalam rizab", menurut kementerian itu.

"Tajuk itu menggambarkan dengan salah bahawa penjualan tanah kepada HDB bagi projek BTO AMK akan menambah rizab Singapura."

Para penerima arahan pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) perlu menyertakan notis terhadap catatan atau rencana sebenar, dengan pautan kepada penjelasan pemerintah.

Encik Yeoh sudah menyertakan notis pembetulan itu kepada catatan-catatannya di laman Facebook, manakala TOC belum berbuat demikian.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan