Manisan, kek kahwin lebih sihat, perniagaan dua beradik ini kian dapat sambutan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyakit kencing manis dan penyakit kronik lain yang ditanggung beberapa anggota keluarga pengasas Simply Dlights, adik beradik Cik Putri Zulaikha Azman dan Cik Putri Nur Shafiqah mendorong mereka perkenalkan produk manisan yang lebih sihat.
Sejak beroperasi enam tahun lalu, permintaan bagi pencuci mulut lebih sihat ini kian meningkat.

Menurut mereka, pencuci mulut seperti 'macaron' dan 'meringue' yang disediakan mereka kurang manis, bebas lemak tepu, tiada bahan pengawet dan hanya menggunakan gula rendah Indeks Glisemik (GI).
"Kami gunakan gula rendah GI kerana ia lebih mesra kepada mereka yang mengalami penyakit kencing manis berbanding gula putih biasa," kata Cik Zulaikha.
Perniagaan itu juga sebenarnya diilhamkan daripada pencuci mulut yang disediakan ibu saudara mereka untuk nenek dan saudara mereka yang mengalami penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Simply D Lights bermula daripada sebuah peniaga di rumah (HBB) dari lebih sedekad lalu oleh makciknya dan kemudiannya adik beradik itu diberi peluang mengendalikan perniagaan ini secara fizikal di East Village Mall.
"Kami melihat ada potensi untuk berada di pasaran kerana kami menawarkan pencuci mulut yang lebih sihat yang jarang ada di pasaran," kata Cik Shafiqah.

PERMINTAAN MENINGKAT, SEDIAKAN KEK KAHWIN, 'MACARON TOWER'
Bagi menyediakan manisan lebih sihat itu, Cik Zulaikha berkata bahawa bahan-bahan yang digunakan lebih mahal untuk pastikan rasanya tidak jauh lari daripada manisan biasa.
Dengan itu, ia juga mendatangkan cabaran bagi mereka apabila ada pelanggan yang merasakan bahawa harga produk mereka agak mahal.
Misalnya, setiap macaron dijual pada harga S$2.90 bagi setiap keping.
"Cabaran yang kami hadapi adalah pelanggan merasakan harga kami agak mahal tetapi kami memberitahu mereka bahawa bahan-bahan yang kami gunakan bermutu tinggi dan lebih sihat dan harga yang kami tetapkan agak berpatutan," kata Cik Zulaikha
Walau bagaimanapun, mereka gembira semakin ramai yang menghargai usaha mereka menyediakan pilihan pencuci mulut yang lebih sihat.
Menurut mereka, setiap kali mereka adakan gerai 'pop-up', manisan mereka mendapat sambutan dan selalunya habis terjual.
Dengan permintaan yang kian meningkat, mereka kini mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan.

Selain menjual produk di kedai, mereka juga kini membuka tempahan bagi 'kek kahwin' dan 'macaron tower' bagi majlis persandingan.
Ini bagi memenuhi permintaan mempelai yang mahukan pencuci mulut yang lebih sihat bagi para undangan mereka.
"Pada mulanya saya kurang yakin kerana perkahwinan adalah majlis yang penting dalam kehidupan seseorang namun saya memberanikan diri dan cuba melakukannya.
"Daripada majlis itu saya ketahui bahawa 'Wedding Towers' adalah sesuatu yang saya boleh buat dan kemudian menawarkan khidmat ini kepada pelanggan-pelanggan lain dan menerima sambutan yang amat baik," kata Cik Shafiqah.
Sejak ditawarkan pada Jun lalu, mereka sudah menerima sekitar tiga tempahan.
Anda boleh ikuti kisah mereka dalam video 'Makan Apa Tu?' di platform media sosial Berita Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.