Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Manifesto SDP 'pilihan alternatif segar dan menyeluruh', kata calon SDP Damanhuri Abas

Manifesto Parti Demokratik Singapura (SDP) menawarkan rakyat Singapura dengan pilihan alternatif yang segar dan menyeluruh.

Anggaran Waktu Membaca:
Manifesto SDP 'pilihan alternatif segar dan menyeluruh', kata calon SDP Damanhuri Abas

Calon Parti Demokratik Singapura, Damanhuri Abas, semasa menyampaikan ucapan Siaran Politik Parti.

SINGAPURA: Manifesto Parti Demokratik Singapura (SDP) menawarkan rakyat Singapura dengan pilihan alternatif yang segar dan menyeluruh.

Mentelah lagi, Singapura kini berada di kedudukan yang tidak menentu dari aspek ekonomi dengan pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

Calon SDP Damanhuri Abas berkata demikian dalam rapat online partinya yang diadakan malam ini (30 Jun) melalui akaun Facebook SDP.

Beliau juga menekankan kepada para pengundi di GRC Marsiling-Yew Tee di mana beliau akan bertanding bahawa sembilan hari akan datang ini amat penting untuk para penduduk memikirkan secara mendalam terhadap isu-isu penting yang dihadapi mereka.

"Pada Februari tahun lalu, SDP melancarkan manifesto kami yang memberikan perincian menyeluruh tentang dasar ekonomi, pendidikan, jagaan kesihatan, perumahan, penduduk dan lain-lain lagi.

"Dasar-dasar itu mengandungi idea-idea segar yang ditawarkan kepada rakyat sebagai satu pilihan alternatif kepada apa yang sedia ada daripada PAP," ujar beliau.

COGAN KATA "4 YES 1 NO"

Selanjutnya, Encik Damanhuri yang juga anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat SDP, mengongsi cogan kata kempen Pilihan Raya Umum parti tersebut iaitu "4 Yes 1 No".

Menurut beliau, "4 Yes" itu merujuk kepada penangguhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), manfaat pemberhentian pekerja, manfaat persaraan serta pendapatan persaraan.

GST di Singapura, kata Encik Damanhuri, adalah satu sistem cukai yang regresif yang dikenakan ke atas semua barangan termasuk keperluan asas seperti beras.

SDP berikrar akan berusaha sedaya upaya untuk menangguhkan kenaikan GST dan tidak akan mengenakan sebarang GST sehingga hujung 2021.

Pada masa yang sama, manifesto SDP itu turut menggesa agar bantuan kewangan dihulurkan kepada rakyat yang diberhentikan kerja dan mereka yang bersara agar mereka dapat mengharungi masa-masa sukar ini.

Encik Damanhuri berkata: "Vaksin COVID-19 masih belum ditemui dan mungkin tidak akan ditemui dengan segera. Lantaran itu, menyediakan jaminan pendapatan akan membantu rakyat Singapura mengharungi tempoh ini, sedang mereka memahirkan diri mereka dan cuba mencari pekerjaan baru."

Akhir sekali, Encik Damanhuri menjelaskan "1 No" itu merujuk kepada kerencaman penduduk yang disertai bakat asing. Beliau berpendapat bahawa pekerjaan yang ditawarkan di sini perlu mengutamakan rakyat tempatan terlebih dahulu.

"Inilah janji kempen kami kepada anda, Singapura. Pada hari-hari mendatang, kesemua calon SDP dan saya akan mengongsikan lebih banyak mesej yang akan membantu anda lebih memahami isu-isu yang penting bagi anda dalam pilihan raya kali ini supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak semasa mengundi," kata beliau.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan