Mangsa rugi S$3.6 juta akibat penipuan pelaburan libatkan kumpulan sembang sejak Mei 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Contoh iklan online yang menawarkan peluang untuk mempelajari pelaburan. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
SINGAPURA: Sebilangan mangsa kerugian sekurang-kurangnya S$3.6 juta akibat penipuan pelaburan yang melibatkan kumpulan sembang online yang mendakwa menawarkan peluang percuma untuk mempelajari pelaburan sejak Mei tahun ini.
Sekurang-kurangnya 48 kes dilaporkan sejak bulan lalu, menurut polis dalam maklumannya yang dikeluarkan pada Khamis (4 Jun).
Modus operandi penipuan ini melibatkan penggunaan iklan palsu di media sosial yang kononnya menawarkan peluang untuk mempelajari pelaburan.
Mereka yang menunjukkan minat akan dipelawa menyertai kumpulan WhatsApp, di mana penipu menyamar sebagai “mentor” dan memberikan nasihat pelaburan atau “bonus” untuk menarik mangsa mula melabur.
Polis menyatakan ahli-ahli lain dalam kumpulan sembang tersebut turut berkongsi petikan skrin keuntungan dagangan yang kononnya diperoleh bagi meyakinkan mangsa.
Mangsa kemudian diarahkan membuka akaun pelaburan melalui laman web palsu atau memuat turun aplikasi palsu yang terdapat di Apple App Store atau Google Play Store.
Selepas itu, mangsa diminta memindahkan wang ke akaun bank yang ditetapkan.
“Dalam sesetengah kes, mangsa diarahkan menyerahkan wang tunai atau emas kepada individu yang tidak dikenali yang menyamar sebagai kakitangan syarikat pelaburan. Mereka kemudian memberikan ‘invois’ kepada mangsa selepas menerima barang berharga tersebut,” kata polis.
Penipu juga kadangkala memberikan pulangan awal kepada mangsa untuk mewujudkan tanggapan bahawa pelaburan itu sah, sebelum memperdaya mereka untuk melabur lebih banyak wang.
“Mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan ‘keuntungan’ mereka atau apabila penipu tidak lagi dapat dihubungi,” tambah polis.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memindahkan atau menyerahkan wang serta barang berharga kepada individu yang tidak dikenali dan identitinya tidak dapat disahkan.
Polis turut menggesa orang ramai supaya:
- Mengaktifkan ciri keselamatan pada peranti mereka.
- Menyemak tanda-tanda penipuan melalui sumber rasmi.
- Mengesahkan kesahihan syarikat pelaburan dan wakil mereka menerusi Direktori Institusi Kewangan, Daftar Wakil dan Senarai Amaran Pelabur yang disediakan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.