Mangsa kes penipuan perisian hasad Android hilang lebih S$10 juta pada separuh pertama 2023: Polis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Singapore Police Force)
SINGAPURA: Lebih 750 kes pengguna peranti Android yang menjadi mangsa penipuan perisian hasad dilaporkan pada separuh pertama 2023, dengan 11 daripadanya melibatkan wang simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), menurut pihak polis pada Rabu (13 Sep).
Nilai keseluruhan yang hangus akibat kes penipuan itu sekurang-kurangnya S$10 juta - termasuk sekurang-kurangnya S$218,000 dalam wang simpanan CPF.
Walau demikian, Markas Antipenipuan polis berjaya mendapatkan semula sebahagian wang CPF itu, mengurangkan nilai kerugian kepada kira-kira S$130,000.
Angka-angka terkini daripada statistik pertengahan tahun mengenai penipuan dan jenayah siber Pasukan Polis Singapura (SPF) itu menunjukkan peningkatan yang berterusan bagi jumlah keseluruhan penipuan pada separuh pertama 2023 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jumlah kes penipuan menyasarkan pengguna Android yang semakin meningkat itu mendorong beberapa makluman awam oleh pihak berkuasa.
Baru-baru ini pada bulan Ogos, pihak polis dan Keselamatan Siber Singapura mengeluarkan makluman bersama yang menarik perhatian kepada beberapa taktik yang sering digunakan oleh penipu.
Penipu kini menggunakan skim yang semakin canggih untuk menipu orang ramai supaya memasang aplikasi yang berniat jahat. Mereka kemudiannya akan mengakses peranti mangsa dan mencuri maklumat peribadi untuk melakukan urus niaga kewangan palsu, mencuri dana seperti wang simpanan CPF.
Dalam satu kenyaataan yang dikeluarkan pada Rabu (13 Sep), pihak polis menyatakan bahawa mangsa secara amnya memberi tindak balas kepada iklan bagi khidmat-khidmat - seperti pembersihan rumah dan mencantikkan bulu haiwan peliharaan - di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Penipu yang memuat naik iklan-iklan tersebut kemudian akan menghantar pautan sebuah laman menerusi WhatsApp dengan alasan meminta bayaran.
Pautan itu akan meminta mangsa memuat turun fail Kit Pakej Android (APK), iaitu sebuah aplikasi yang direka buat sistem operasi Android.
Selepas itu, penipu boleh mendapatkan maklumat peribadi mengenai akaun bank ataupun butiran kad mangsa. Mangsa kemudian akan mendapati berlakunya urus niaga yang tidak dibenarkan pada akaun bank atau kad mereka.
Pada bulan Jun, seorang remaja berusia 16 tahun antara sembilan orang yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan perisian hasad Android. Dalam sesetengah kes, simpanan wang CPF dikeluarkan dan dimasukkan ke akaun bank mangsa sebelum dipindah keluar.
Bimbang akan menjadi mangsa penipuan perisian hasad Android? Perhatikan tanda-tanda berikut.
LANGKAH-LANGKAH SELANJUTNYA OLEH BANK, MAS
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan bank-bank akan “memperkenalkan secara berperingkat langkah-langkah tambahan” untuk memerangi penipuan berkaitan perisian hasad, sebagai sebahagian daripada usaha antipenipuan mereka, menurut polis pada Rabu (13 Sep)
Pada Ogos, OCBC menjadi bank pertama di Singapura yang menyekat beberapa pelanggan daripada menggunakan perbankan internet dan aplikasi perbankan mudah alihnya jika ia mengesan aplikasi yang berpotensi membawa risiko dimuat turun daripada portal tidak rasmi.
Ini adalah langkah keselamatan baharu yang dilaksanakan untuk melindungi pelanggan daripada perisian hasad, jelas OCBC pada masa itu.
Pada bulan Jun, langkah pengesahan tambahan turut diperkenalkan untuk meningkatkan perlindungan bagi ahli CPF berikutan peningkatan dalam penipuan berkaitan perisian hasad. Mereka yang ingin masuk ke akaun mereka menggunakan Singpass mereka, kini perlu berbuat demikian melalui pengesahan muka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.