Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mangsa kebakaran di Marsiling mati; lelaki 65 tahun kini berdepan tuduhan bunuh

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun yang dituduh menyimbah cecair pembakar pada seorang lelaki berusia 37 tahun dan kemudian membakarnya diubah tuduhannya kepada membunuh pada Jumaat (6 Jan).

Tay Kheng Hock pada mulanya didakwa pada 30 Disember atas tuduhan cuba membunuh kerana membakar Tan Khim Hee menggunakan pemetik api pada 10.12 malam pada 28 Disember, di depan sebuah unit flat di tingkat satu Blok 210 Marsiling Crescent.

Encik Tan ditemui dengan luka melecur apabila polis menjawab panggilan bantuan di Marsiling Crescent pada kira-kira 10.10 malam itu.

Polis sebelum ini menyatakan beliau dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, dan Tay ditangkap di tempat kejadian.

Hukuman membunuh ialah gantung sampai mati.

Berdasarkan pencarian di Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), Tay ialah pemilik pusat kecantikan Wishing Well Beauty Centre. Dia juga merupakan pengarah dan pemegang saham syarikat Sun Beauty.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan