Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Manfaatkan teknologi kunci mengubah sektor jagaan kesihatan, kata DPM Heng

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2022 07:47PM Dikemas Kini : 04 Nov 2022 08:49PM
SINGAPURA: Singapura sedang meningkatkan penggunaan teknologi bagi memberikan khidmat jagaan pesakit yang lebih baik.

Dengan bantuan Pusat Inovasi Jagaan Kesihatan (CHI), satu ruang kerja maya yang baru bakal dilancarkan tahun depan.

Realiti Tambahan (AR) bakal memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan kepakaran para karyawan dalam bidang perubatan.

Bunyi amaran untuk memaklumkan penjaga jika pesakit hampir terjatuh dari katil.

Inovasi seperti sistem pemantauan jarak jauh sedemikian dan robot yang menghantar ubat dapat membantu masalah seperti kekurangan tenaga kerja dalam sektor jagaan kesihatan.

Di majlis penutup 'CHI Innovate', acara tahunan yang menghimpunkan para rakan kongsi bidang jagaan kesihatan, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menekankan perlunya memanfaatkan teknologi untuk membentuk semula industri tersebut.

"Ia adalah satu cabaran berterusan bagi mencapai keseimbangan dalam apa yang diistilahkan sebagai 'segi tiga besi' sektor jagaan kesihatan - kos, akses dan mutu. Anak kunci bagi mengatasinya terletak pada inovasi. Maka itu, kesihatan dan potensi manusia adalah teras penting bagi rancangan kajian kebangsaan. Namun ia bukan sekadar kajian dan inovasi. Sama penting juga adalah kesan yang dicapai oleh sesuatu inovasi," kata Encik Heng.

Ruang plaza di Pusat Inovasi Jagaan Kesihatan atau 'CHIRP', adalah satu ruang bersama yang menggabungkan para rakan kongsi industri, agensi pemerintah serta badan bukan mencari untung. Matlamatnya, memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan jagaan kesihatan.

Antara yang dipamerkan termasuk pelbagai saranan sempena 'InnoMatch', satu cabaran yang dianjurkan CHI, Yayasan Temasek dan ketiga-tiga kelompok hospital di Singapura.

Kerjasama sebegitu dapat mencipta huraian lebih teguh, serta khidmat jagaan yang jitu.

Hospital Tan Tock Seng merupakan salah satu yang terlibat di dalam inisiatif itu. Ia bakal melancarkan konsep 'Telepods' - khidmat tele-konsultasi bersama pesakit yang lebih mudah. 'Telepods' dijangka mula beroperasi tahun depan.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan