Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Manfaatkan teknologi dan media dalam pembelajaran adab: Dr Maliki

Cara menyampaikan pembelajaran tentang adab dan kesantunan Melayu kepada anak-anak harus seiring dengan perkembangan teknologi dan media.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Cara menyampaikan pembelajaran tentang adab dan kesantunan Melayu kepada anak-anak harus seiring dengan perkembangan teknologi dan media.

Demikian cabaran yang dilontarkan Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman kepada para guru bagi memastikan mesej dapat disampaikan dengan berkesan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di acara Fiesta Kesantunan ketiga di Perpustakaan Negara di Victoria Street hari ini (16 Julai).

Dr Maliki berharap acara tersebut dapat dijadikan pemangkin untuk terus menyemai minat dan cinta terhadap bahasa, budaya dan warisan Melayu dalam kalangan generasi muda.

Dalam usaha memastikan matlamat tersebut tercapai, kaedah penggunaan teknologi terbaru menurut beliau harus diterapkan untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok.

"Seiring dengan perkembangan teknologi dan media, kita juga harus berkembang dalam cara kita menyampaikan pembelajaran tentang adab, nilai dan kesantunan Melayu kepada anak-anak kita.

"Saya menggalakkan para guru dan hadirin sekalian agar memikirkan cara-cara yang kreatif serta wadah-wadah yang terkini ketika kita melaksanakan usaha ini," kata beliau.

Dan itulah yang cuba diterapkan dalam Fiesta Kesantunan tahun ini.

Dengan menggunakan skit, video Tiktok dan pembentangan lisan dengan gaya ceramah 'Ted Talks', pasukan pelajar dari 40 buah sekolah dapat menonjolkan idea paling kreatif dalam usaha mereka untuk mempromosikan budaya dan kesantunan Melayu," jelas Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pembelajaran & Penggalakan Pengunaan Bahasa Melayu, Cik Noor Azimah Mohd Haad.

"Dengan wadah baru ini melalui sosial media, kami berharap ia dapat membantu para pendidik untuk mendekati pelajar kerana ia merupakan lingua franca untuk golongan muda, " tambah beliau.

Sekolah Rendah Greendale misalnya melibatkan murid-muridnya sebagai penulis cilik untuk projek buku bertajuk ‘Si Rubi dan Si Kiki’.

Menurut Pengetuanya Cik Noorismawaty Sng-Ismail, projek
Projek yang diusahakan itu memberi peluang kepada murid-murid untuk berjinak jinak dalam proses penulisan buku.

"Pendedahan sebegini mampu meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk berinteraksi dan mungkin membuka peluang untuk mereka mengambil bahagian atau menyumbang idea –idea baru di masa akan datang, " kata beliau.

Pihak penganjur Fiesta Kesantunan 2022 turut berjaya mencatat rekod baru, ‘Pantun Ciptaan Asli Terbanyak Singapura’ dalam Buku Rekod Singapura dengan 293 pantun disumbangkan para guru dan pelajar.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan