Skip to main content

Singapura

Manfaatkan teknologi bagi tumpaskan jenayah, kata ketua CID wanita pertama

Teknologi memainkan peranan penting dalam membantu Pasukan Polis Singapura (SPF) menghuraikan kes-kes yang sulit, sedang jenayah di ruang siber semakin bertambah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Sep 2018 06:07PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 09:59PM

SINGAPURA: Teknologi memainkan peranan penting dalam membantu Pasukan Polis Singapura (SPF) menghuraikan kes-kes yang sulit, sedang jenayah di ruang siber semakin bertambah.

Untuk tujuan itu, pihak polis meningkatkan penggunaan analisis data bagi menghuraikan kes dengan lebih cepat lagi.

Demikian dikongsikan Timbalan Pesuruhjaya SPF Florence Chua, yang juga wanita pertama untuk menerajui Jabatan Risikan Jenayah (CID).

Timbalan Pesuruhjaya SPF Florence Chua baru saja menerajui CID pada Jun lalu.

Namun di bawah kepimpinan beliau, CID sudah menumpaskan dua sindiket besar.

Pertama, sindiket perjudian online yang beroperasi semasa Piala Dunia, di mana $1.2 juta taruhan haram dirampas.

Kedua, satu sindiket hak milik intelektual, di mana barangan tiruan bernilai lebih $1 juta dirampas.

Bagi Cik Chua, ini adalah satu bukti bagaimana jenayah penipuan dan menggodam menjadi semakin sulit dan memerlukan kerjasama semua pihak.

Apa yang pihak polis sedang lakukan, tambah beliau, adalah mendidik orang ramai supaya menjadi lebih bijak.

Itulah sebabnya Telefon Bijak Polis dan RoboCop akan dimanfaatkan untuk melancarkan proses dan memantau trend jenayah.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita