Skip to main content

Singapura

Manfaatkan skim pemerintah sebelum terlepas peluang: Grace Fu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Mar 2024 06:12PM Dikemas Kini : 13 Mar 2024 12:03AM
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menggesa syarikat-syarikat supaya memanfaatkan semua skim dan inisiatif pemerintah demi membantu menjadikan perniagaan mereka lebih mesra alam.

Jika tidak, mereka mungkin terlepas peluang untuk berbuat demikian kerana pemerintah tidak akan menyediakan geran dan subsidi buat selama-lamanya.

Cik Fu berkata demikian semasa satu sesi panel, yang menyentuh tentang perubahan kepada peranan perniagaan dan akauntan dalam dunia di mana kemampanan diutamakan.

Pemerintah, tambah beliau, komited untuk melabur dalam prasarana yang diperlukan untuk menyokong syarikat-syarikat dalam usaha mengurangkan pelepasan gas karbon.

Merujuk kepada langkah mengimport tenaga boleh diperbaharui dari rantau ini sebagai contoh, Cik Fu berkata pemerintah sudahpun memperuntukkan dana dan mahu membantu syarikat-syarikat memanfaatkan peluang yang ada.

"Jika kita tidak mempunyai sejenis dana pemerintah yang sedia untuk dilaburkan, ia akan mengalihkan kos kepada perniagaan. Tiada satu pun pengendali perniagaan yang akan mengatakan, "saya yang berani untuk melabur dalam prasarana ini"," jelas Cik Fu.

Maka itu, pemerintah, katanya, perlu menyediakan dana dan apabila kita menerima saranan perniagaan sama ada dari bahagian utara Malaysia, selatan Indonesia, ataupun Kemboja, Vietnam dan Malaysia Timur.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita