Manfaatkan perkembangan dalam industri angkasa lepas
Membina ekosistem yang menggalak daya inovasi serta membangunkan keupayaan dan kerjasama. Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata ini adalah anak kunci untuk memanfaatkan perkembangan dalam industri angkasa lepas demi memperbaiki kehidupan.
Forum GSTC pada 7 Jun 2021 (Gambar: Facebook/Teo Chee Hean)
SINGAPURA: Membina ekosistem yang menggalak daya inovasi serta membangunkan keupayaan dan kerjasama.
Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata ini adalah anak kunci untuk memanfaatkan perkembangan dalam industri angkasa lepas demi memperbaiki kehidupan.
Beliau berkata demikian di Persidangan Angkasa Lepas dan Teknologi Global pada Isnin (7 Jun).
Encik Teo menambah terdapat banyak peluang dalam sektor tersebut.
Ini lebih-lebih lagi sedang negara-negara memanfaatkan aplikasi berdasarkan angkasa lepas untuk mengatasi cabaran akibat COVID-19, seperti menggunakan hubungan satelit untuk menyokong kaedah belajar dan bekerja dari jauh.
"Syarikat-syarikat sedang meneroka kerja-kerja menyenggara satelit di orbit untuk memperpanjang jangka hayatnya," kata Encik Teo.
"Ada juga sedang meneroka usaha memanfaatkan persekitaran graviti sifar bagi menghasilkan bahan dan produk di angkasa, yang tidak mungkin boleh dilakukan di Bumi.
"Perkembangan ini menunjukkan bahawa ruang di angkasa lepas bukan eksklusif kepada negara-negara besar. Peluang di angkasa lepas terbuka untuk semua pemain," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.