Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Manfaatkan peluang pertingkat diri supaya lebih siap sedia apabila ekonomi kembali pulih, gesa Masagos

Manfaatkan Belanjawan 2020 dan sokong inisiatif yang dibentangkan bagi memastikan pembangunan negara yang dirancang pasca COVID-19 dapat memberi impak yang positif kepada semua.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Manfaatkan Belanjawan 2020 dan sokong inisiatif yang dibentangkan bagi memastikan pembangunan negara yang dirancang pasca COVID-19 dapat memberi impak yang positif kepada semua.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata demikian ketika ditemui di luar rakaman Forum Belanjawan Bersama Menteri pada Khamis (20 Feb).

Beliau juga menggesa masyarakat Melayu/Islam khususnya untuk mengambil peluang menaik taraf diri mereka supaya bersedia maju apabila ekonomi kembali pulih.

Encik Masagos juga menjelaskan mengapa GST masih perlu dinaikkan.

Sedang jumlah penduduk lanjut usia kian meningkat, kos jagaan kesihatan juga semakin bertambah.

Oleh itu, menurut Encik Masagos Zulkifli, meskipun GST itu penting bagi menampung perbelanjaan negara yang kian meningkat.

Namun kata beliau, pemerintah tetap peka dengan masalah yang dihadapi rakyat, lebih-lebih lagi dengan krisis COVID-19 sekarang ini.

"Pada masa ini, kita mengambil keputusan menunda peningkatan GST pada 2021 kerana masalah yang sedang kita menangani. Perusahaan yang sedang lembap dan pekerja-pekerja yang sedang menangani masalah di pekerjaan. Jelas saya gembira juga dalam krisis seperti ini barisan hadapan yang kebanyakannya masyarakat Melayu/Islam kita, pemandu teksi, para jururawat berani dan cekal bersama untuk kita menangani krisis COVID-19," ujar Encik Masagos.

Sedang ramai yang puji kemurahan hati pemerintah membentangkan Belanjawan yang cukup lumayan tahun ini, ada juga yang tertanya-tanya sama ada ini satu Belanjawan Pilihan Raya.

"Memang tahun ini atau awal tahun hadapan, kita perlu menjalankan Pilihan Raya Umum. Mungkin kerana itulah ramai yang mengatakan ini adalah Belanjawan GE. Saya serahkan kepada masing-masing untuk memberi pendapat.

"Yang penting, jangan kita lupa untuk manfaatkan juga skim-skim yang ada untuk kita mentransformasikan kerjaya kita ataupun perusahaan kita. Ini harapan pemerintah supaya dengan kita bersepadu, rakyat dan perusahaan dan juga pemerintah kita akan menjadi negara yang begitu kental, ekonomi yang semakin baik dan negara kita tetap hijau," ujar menteri itu lanjut.

"Dengan virus ini, berdasarkan tinjauan kami, para peniaga menghadapi kemerosotan 70% dalam penjualan. Jika penjualan merosot, ia bermakna aliran tunai itu juga akan terjejas. Jadi, pemerintah memberikan huraian yang tepat kepada para peniaga SME," kata Cik Fadhilah Majid, Naib Pengerusi DPPMS.

Banyak lagi tentang Belanjawan 2020 yang dikupas dan dibincangkan anggota panel bersama Encik Masagos dalam Forum Belanjawan bersama Menteri yang akan ditayangkan esok, 8.30 malam selepas BERITA.

Forum itu juga akan disiarkan secara serentak di stesen radio Warna 94.2FM.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan