Manfaatkan AI secara bertanggungjawab untuk kekalkan kepercayaan awam: Josephine Teo
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo menegaskan, bantuan akan sentiasa tersedia bagi mengembangkan inovasi AI atau kecerdasan buatan.
Beliau akur pihak industri semakin cenderung menggunakan AI untuk meningkatkan daya penghasilan serta kekal bersaing.
Namun, Cik Teo turut menekankan penggunaan bertangungjawab bagi teknologi canggih sebegini.
Beliau berkata: "Kami percaya perniagaan yang mengembangkan penggunaan AI harus berusaha sesungguhnya untuk mengurangkan risiko berat sebelah, melindungi data peribadi sensitif dan mengekalkan kepercayaan para pelanggan.
"Apabila syarikat menggunakan AI secara bertanggungjawab, mereka bukan sahaja menambah nilai untuk pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan, tetapi turut membantu meningkatkan kepercayaan awam. "
Cik Teo berucap demikian di pelancaran makmal AI milik syarikat insurans Prudential.
Beliau menambah, projek sedemikian dapat bantu membangunkan ekosistem AI yang mendorong perniagaan di peringkat tempatan dan sejagat.
Sepanjang tiga bulan lalu, lebih 100 idea dikemukakan kepada makmal AI tersebut untuk menghuraikan masalah bagi sektor insurans.
Prudential menyatakan analisis untuk setiap tuntutan insurans kini lebih menyeluruh dan prosesnya juga adalah tiga kali lebih pantas.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.