Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Manfaat vaksinasi terus atasi risiko berikutan kajian Swiss: HSA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan manfaat vaksinasi COVID-19 terus mengatasi risiko yang diketahui.

Satu kajian melaporkan 1 daripada 35 orang yang menerima suntikan vaksin dos penggalak mRNA mengalami kecederaan pada jantung.

Kajian itu melibatkan sekitar 770 pekerja di sebuah hospital Switzerland berdasarkan tahap traponin yang meningkat hingga menyebabkan kecederaan jantung.

Troponin adalah protein yang terdapat dalam otot jantung.

Menurut HSA, meskipun paras adalah petunjuk bagi kemungkinan kecederaan pada jantung, tahap yang lebih tinggi bukan semestinya sesuatu yang membimbangkan.

Ini terutama jika tiada petanda atau gejala lain yang timbul.

Tiada sebarang kes juga yang mempunyai perubahan ECG atau kejadian serangan jantung dalam tempoh 30 hari setelah mendapatkan vaksinasi.

HSA menyatakan risiko kecederaan pada jantung atau myocarditis daripada jangkitan COVID adalah lebih tinggi berbanding yang berkaitan vaksinasi.

HSA akan terus memantau dengan teliti keselamatan vaksin yang digunakan di Singapura.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan