Mandai Wildlife Reserve bakal lancar aktiviti, pameran baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tapak ekopelancongan terbesar Singapura, Mandai Wildlife Reserve, sedang bersiap menjalani evolusi.
Ia akan menawarkan pelbagai aktiviti dan pameran baharu.
Seluas 126 hektar, Mandai Wildlife Reserve akan menyambut pembukaan resort mesra alam dan ruang acara tidak lama lagi.
Di bahagian barat, sebuah taman baharu akan dibuka, membawa para pengunjung meneroka pelbagai habitat haiwan di Asia Tenggara dan Afrika.
Dipanggil 'Rainforest Wild', para pengunjung boleh menjejak laluan hutan, merentas sungai, dan juga mendaki sekitar taman.
Taman baharu itu juga akan menyambut spesies baharu seperti monyett François’ langur dan Okapi, ataupun dikenali sebagai zirafah hutan.
Tarikan utama ialah gua sepanjang 220 meter, diilhamkan oleh Gua Mulu di Sarawak.
Batu-batu besar tersebut akan menampilkan haiwan seperti ular pelumba gua, kala jengking dan lipas yang mengeluarkan bunyi mendesis.
Pengunjung taman itu juga boleh melihat spesies secara online di ruang-ruang imersif.
Kanak-kanak pula boleh menghadiri ZooSchool, iaitu program baharu yang mendedahkan mereka kepada alam semula jadi dan hidupan liar melalui permainan.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.