Mandai Rainforest Resort dibuka pada Apr 2025

Pusat peranginan mesra alam yang dinanti-nantikan, Mandai Rainforest Resort akan dibuka pada April depan. (Gambar: Mandai Rainforest Resort by Banyan Tree)
Terletak dalam kawasan Mandai Wildlife Reserve, resort seluas 4.6 hektar itu - keluasan kira-kira lapan padang bola sepak - akan memberikan tetamu akses langsung ke lima taman kehidupan liar termasuk Singapore Zoo, Night Safari, River Wonders, Bird Paradise dan Rainforest Wild yang akan datang.
Ia mempunyai 338 bilik - 24 daripadanya rumah pokok di rimbunan pepohon, serta 314 bilik tetamu dan suite. Setiap rumah pokok mempunyai teres peribadi.

Setiap bilik juga dilengkapi dengan paparan interaktif yang menunjukkan tahap penggunaan kuasa dan memberi peringatan kepada tetamu apabila penggunaan melebihi tahap yang disyorkan. Air hujan juga dikumpulkan dan digunakan semula untuk sistem pam tandas di setiap bilik.

Bersebelahan dengan Meranti Ballroom itu pula adalah bilik persalinan untuk pengantin.
Mereka yang ingin menghilangkan stres dan menyegarkan badan serta kulit boleh berbuat demikian di Banyan Tree Spa. Tetamu turut boleh mengikuti lawatan berpandu bagi menikmati pengalaman kehidupan liar di Mandai Wildlife Reserve termasuk peluang untuk mendekati haiwan.
Dalam satu kenyataan, pengurus besar Mandai Rainforest Resort Glen Cook berkata: "Kami amat teruja kerana Mandai Rainforest Resort by Banyan Tree dapat menjadi tapak pelancaran untuk warga Singapura dan pelancong meneroka keajaiban alam semula jadi dan hidupan liar.
"Kami menjemput tetamu untuk merasai pengalaman seakan berada di rumah sendiri, di mana setiap saat memberi inspirasi dan kesedaran tentang hubungan yang lebih mendalam dengan diri sendiri dan persekitaran."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.