Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mampukah 'chatbot' gantikan karyawan jagaan kesihatan untuk bantu pesakit kesihatan mental?

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 'Chatbot' boleh memberikan sedikit kelegaan kepada individu yang mengalami masalah kesihatan mental, namun ia tidak dapat mengesan sama ada seseorang itu berhasrat untuk membunuh diri atau menghulurkan bantuan yang sesuai dalam sesuatu situasi krisis, demikian hasil kajian para penyelidik.

Kajian terhadap sembilan 'chatbot' kesihatan mental oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menunjukkan bahawa 'chatbot' meluahkan rasa ihsan terhadap pengguna namun tidak berupaya memahami sama ada seseorang individu meluahkan hasrat untuk meragut nyawanya sendiri atau memberikan nasihat khusus.

'Chatbot' ataupun program komputer yang menyerupai perbualan manusia kini semakin digunakan dalam bidang jagaan kesihatan. Ia digunakan untuk mengurus keadaan kesihatan mental atau menyokong kesejahteraan umum..

MENGGUNAKAN CHATBOT UNTUK MENYEDIAKAN JAGAAN TEPAT PADA MASANYA, MENYOKONG KESEJAHTERAAN

'Chatbot' digunakan semasa orang ramai semakin lebih sedar tentang kesihatan mental mereka.

"Saya rasa ia penting. Mungkin COVID-19 yang membuatkan kita meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan mental sehingga ia menarik perhatian ramai dan bersifat terbuka mengenai perkara sedemikian," kata Dr Laura Martinengo, zamil penyelidik dari Sekolah Perubatan Lee Kong Chian NTU.

'Chatbot' sangat berguna kerana sistem jagaan kesihatan di seluruh dunia semakin terbeban dan terpaksa menangani permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan mereka, menurut para pemerhati.

Mereka yang terkesan dengan stigma mungkin lebih bersedia untuk meluahkan perasaan mereka kepada 'chatbot' daripada bercakap dengan orang lain.

"Kadangkala ia juga sukar bagi mereka yang menghadapi masalah gangguan mental untuk berbincang mengenai perkara sedemikian dan berkongsi tentang keadaan mereka dengan orang lain."

Dr Martinengo berkata berdasarkan hubungan dan respons pengguna, 'chatbot' nampaknya lebih menjurus kepada golongan muda.

KEKURANGAN CHATBOT

'Chatbot' juga ada kelemahannya dan kita tidak boleh bergantung kepadanya untuk menangani kesemua isu atau membantu setiap orang, menurut para pemerhati.

"Sudah tentu sebuah mesin tidak boleh melakukan banyak perkara seperti yang boleh dilakukan oleh manusia," kata Dr Martinengo, sambil menambah bahawa adalah penting karyawan jagaan kesihatan masih terlibat dalam proses tersebut.

Beliau juga menekankan bahawa terdapat keperluan untuk meneliti peranti kesihatan digital memandangkan ia boleh diperolehi dengan begitu mudah.

Malah sesetengah 'chatbot' mungkin memberikan nasihat yang kurang baik atau tidak relevan sama sekali.

"Jika anda lihat pada aplikasi berkenaan, ia mungkin juga berbahaya," tambah beliau.

"Hakikatnya, tiada sesiapa pun yang benar-benar mengawal pasaran buat masa ini."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan