Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Malim PSA meninggal dunia selepas jatuh di perairan Pulau Kusu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang malim pelabuhan dari PSA meninggal dunia pada Sabtu (11 Feb) selepas terjatuh di perairan Pulau Kusu.

Beliau terjatuh ketika sedang turun dari sebuah bot tunda ke bot pelancar, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa malim tersebut memakai jaket keselamatan pada masa kejadian.

Pusat kawalan keselamatan MPA dimaklumkan mengenai insiden itu sekitar pukul 2.50 pagi.

MPA, Polis Pengawal Pantai dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan kapal peronda dan kecemasan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"MPA juga mengerahkan para penyelam untuk menjalankan pencarian bawah permukaan air bagi malim yang hilang itu. Ia juga mengeluarkan siaran pelayaran keselamatan kepada kapal-kapal berdekatan untuk membantu usaha pencarian," tambah agensi itu.

Tugas seorang malim pelabuhan termasuk menaiki kapal dan mengemudinya di perairan yang sesak.

Dalam menjawab soalan Mediacorp, SCDF dan polis menyatakan bahawa insiden itu berlaku berdekatan Pulau Kusu.

SCDF menambah bahawa ia mengerahkan dua kapal marin dan melakukan pencarian di permukaan laut di lokasi itu.

Mayat malim itu ditemui sekitar pukul 11.30 pagi.

MPA menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan