Maldives pikat firma SG melabur di negaranya termasuk sektor perumahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah Maldives sedang memikat syarikat-syarikat Singapura supaya melabur dalam sektor perumahan, pelancongan dan logistik negaranya.
Sektor-sektor itu sebahagian daripada rancangan 2040 Maldives untuk mempelbagaikan ekonominya.
Syarikat-syarikat Singapura boleh memainkan peranan dalam memacu pembangunan prasarana, perancangan bandar dan perkhidmatan digital.
Menteri Bertanggungjbawab bagi Hubungan Perdagangan Grace Fu dan rakan sejawatannya dari Maldives berucap di sebuah forum perniagaan tentang usaha mengukuhkan perkongsian dua hala.
"Ada banyak potensi bagi syarikat-syarikat Singapura dan Maldives untuk memburu perkongsian yang saling menguntungkan.
"Kekuatan Singapura dalam bidang-bidang seperti pembangunan prasarana, perancangan bandar dan perkhidmatan digital boleh menyokong Maldives dalam perjalanannya menjadi sebuah ekonomi lebih pelbagai," katanya.
Menteri Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Maldives Mohamed Saeed berkata: "Kami mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada syarikat-syarikat serta para pelabur Singapura yang sudah menyumbang kepada kejayaan kami sepanjang lima dekad. Kami mengalu-alukan kolaborasi berterusan berdasarkan rekod prestasi yang terbukti ini, Undang-undang Pelaburan Asing baharu kami, kemas kini komprehensif pertama dalam lebih 40 tahun, di samping pembaharuan-pembaharuan lain, mewujudkan sekitaran perniagaan yang telus, berkesan yang syarikat-syarikat berpandangan jauh boleh jangkakan dan patut terima."
Beberapa firma Singapura sudahpun mengambil perhatian akan peluang yang tersedia itu.
Floating Power Solution, misalnya, sedang mengintai memperdagangkan loji tenaga terapung syarikatnya di Maldives.
Ia dibina atas air, sangat sesuai dengan persekitaran di Maldives.
Turbin gasnya juga dijana menggunakan propana atau gas asli, yang menurut firma itu, lebih cekap dari segi kos dan tenaga berbanding loji tenaga diesel.
Syarikat itu sedang bekerjasama dengan ST Engineering untuk membangunkan sebuah prototaip.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.