Malaysia tangguh penguatkuasaan VEP; kenderaan SG masih boleh masuk tanpa tag mulai 1 Okt, namun diberi peringatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Zamzahuri Abas/CNA)
JOHOR BAHRU: Kenderaan berdaftar asing yang belum memasang tag Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) menjelang tarikh akhir 1 Okt masih dibenarkan masuk ke Malaysia dari Singapura, kata pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat (27 Sep) sambil menjelaskan penguatkuasaan akan "dilaksanakan secara berfasa".
Pemandu akan diberi peringatan di sempadan darat untuk mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag pengenalan frekuensi radio (RFID) mereka, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan.
"Semua kenderaan dari Singapura yang tidak mempunyai VEP boleh memasuki Malaysia seperti biasa."
“Bagaimanapun, semua pemilik kenderaan yang belum memperoleh VEP RFID akan diberi peringatan di sempadan darat supaya segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan RFID VEP mereka,” kata JPJ.

Selain itu, JPJ menambah bahawa notis amaran akan dikeluarkan kepada pemandu kenderaan sebelum mereka meninggalkan Malaysia jika mereka masih belum memasang VEP mereka.
Pemandu Singapura telah berpusu-pusu untuk mendapatkan VEP mereka menjelang 1 Okt, dengan ramai yang membanjiri dua pusat baharu di Johor Bahru untuk mendapatkan tag RFID mereka.
JPJ menambah bahawa setakat 25 Sep, tag RFID untuk VEP telah diaktifkan untuk 62,635 kenderaan berdaftar Singapura.
Pada Mei, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke mengumumkan bahawa semua kenderaan berdaftar asing yang memasuki negara itu melalui darat dari Singapura akan diwajibkan menggunakan VEP mulai 1 Okt.
Sistem VEP telah dilaksanakan sejak 2019 tetapi masih belum dikuatkuasakan, kata Encik Loke ketika itu.
Pemandu kenderaan yang gagal berbuat demikian boleh didenda sehingga RM2,000 (S$618) atau penjara sehingga enam bulan.

Warga Singapura Danish Mohd Sami tersenyum lebar ketika bergambar selepas akhirnya memasang tag pengenalan frekuensi radio (RFID) pada keretanya di kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Taman Daya, Johor Bahru pada pagi Khamis (26 Sep).
Pemasangan tag itu menandakan selesainya proses mendapatkan Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk keretanya - yang bermula dua bulan lalu apabila dia mula-mula menyerahkan permohonannya online.
“Saya sangat gembira ia sudah selesai. Prosesnya bercampur-campur, pada mulanya mereka lambat meluluskan kertas kerja tetapi hari ini pemasangan RFID sangat lancar,” kata Encik Danish.
"Pegawai JPJ berkhidmat dengan baik, dan (prosesnya) sangat pantas."
Encik Danish tiba di kompleks JPJ sekitar jam 5.30 pagi Khamis walaupun pusat itu mula memproses kereta untuk VEP hanya sekitar jam 9.00 pagi. Keseluruhan proses itu mengambil masa kira-kira 20 minit.

“Saya mahu datang awal, lebih santai seperti itu - bersarapan berhampiran dan jadi (antara) orang pertama yang siap,” kata lelaki itu yang berusia 30-an.
Encik Danish menambah bahawa dia mahu menyelesaikan proses pemasangan VEP sebelum 1 Okt supaya dia mendapat ketenangan fikiran setiap kali melintasi Koswe dalam beberapa bulan akan datang.
Dia adalah antara ratusan pemandu Singapura yang berada di dua pusat VEP baharu di Johor Bahru pada Khamis.
Dalam satu kenyataan pada 19 Sep, JPJ berkata bahawa dua lokasi baharu - satu di Taman Daya dan satu lagi di Larkin - akan mula beroperasi pada 23 Sep. Kompleks itu akan meningkatkan kapasiti Malaysia untuk memproses pemasangan tag RFID sebanyak lima kali ganda kepada 1,500 sehari.

Kapasiti yang ditambah itu dialu-alukan pemandu Singapura yang berebut-rebut untuk memasang tag RFID mereka sebelum tarikh akhir 1 Okt.
Pemandu memberitahu Mediacorp bahawa mereka telah log masuk ke portal VEP dan memilih tarikh untuk datang ke pusat baharu manakala yang lain berkata mereka diarahkan berbuat demikian dari pusat di Danga Bay.
Terdapat barisan panjang kereta di kedua-dua kompleks Taman Daya dan Larkin ketika Mediacorp ke sana pada pagi Khamis.
Kedua-dua kompleks itu hanya menerima pemandu dengan janji temu berjadual untuk hari itu.
Di Taman Daya, pemandu yang memasuki kompleks itu diarahkan menuju ke kawasan tempat letak kereta terbuka di mana terdapat empat lorong untuk kereta beratur. Kompleks itu terletak 30 minit dari Koswe.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.