Malaysia, Paraguay sertai gabungan dagang dan pelaburan diasaskan bersama oleh SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Malaysia dan Paraguay menyertai blok perdagangan ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang "bersependapat" untuk memajukan usaha bagi mengukuhkan sistem perdagangan berbilang hala berasaskan peraturan, umum gabungan itu pada Selasa (18 Nov).
Mengalu-alukan dua ahli baharu di mesyuarat menteri-menteri Perkongsian Masa Depan Pelaburan dan Perdagangan (FIT) yang diadakan di Hotel Shangri-La, Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong berkata sistem yang boleh dijangka, terbuka dan stabil adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kecil dan sederhana yang bergantung kepada perdagangan.
Singapura merupakan salah satu ahli asal Perkongsian FIT, yang pertama kali dilancarkan pada 16 September untuk memperjuangkan agenda perdagangan bagi masa hadapan pada masa sistem perdagangan berbilang hala berasaskan peraturan global sedang mengalami tekanan.
Singapura, New Zealand, Switzerland dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan penganjur bersama kumpulan itu, manakala ahli asal yang lain ialah Brunei, Costa Rica, Chile, Iceland, Liechtenstein, Maghribi, Norway, Panama, Rwanda dan Uruguay.
"Keahlian baharu ini menegaskan nilai Perkongsian FIT untuk kita semua," katanya, sambil menambah bahawa negara-negara tersebut mencapai kemajuan yang memberangsangkan sejak beberapa bulan lalu untuk melakarkan inisiatif-inisiatif yang boleh diterajui.
Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, berkata perkongsian itu tidak berniat untuk menggantikan WTO, tetapi melengkapi usahanya.
"Usaha kami di sini menunjukkan bahawa negara-negara kecil dan sederhana boleh mempunyai agensi untuk memajukan agenda positif untuk perdagangan dan perusahaan," katanya.
Para menteri juga menekankan bahawa perkongsian itu bukan bertindak balas terhadap tarif Amerika Syarikat, sambil menarik perhatian bahawa rundingan dimulakan dua tahun lalu, sebelum Presiden Amerika Donald Trump memegang jawatan dalam penggalnya sekarang.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong, berkata negaranya menyokong usaha oleh para penganjur bersama dalam menyatukan negara-negara untuk membina sistem yang lebih berdaya tahan.
"Adalah penting bagi kita untuk menangani kelemahan dan bersiap sedia untuk krisis masa depan melalui sistem perdagangan berbilang hala serta usaha bersama," katanya.
Singapura ialah rakan penyelaras perkongsian itu, dan New Zealand akan mengambil alih peranan itu pada pertengahan 2026.
Mesyuarat menteri-menteri seterusnya akan berlangsung di Auckland tahun depan.
Australia, Kanada, Indonesia, Peru, Filipina dan Thailand menyertai mesyuarat tersebut sebagai negara pemerhati, dan ketua pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala, juga turut serta secara maya.
Ditanya sama ada perkongsian itu dijangka berkembang dengan lebih banyak negara menjadi ahlinya, Encik Gan berkata ahli Perkongsian FIT memutuskan untuk menangguhkan sementara kemasukan ahli baharu selama beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan pengusulan inisiatif.
Ia juga tidak mempunyai bilangan tetap ahli yang disasarkan, katanya.
"Kami berharap lebih banyak negara akan berminat untuk menyertai kami, tetapi kami juga tidak berhasrat untuk berkembang menjadi badan yang sangat besar," katanya.
"Kami mahu ... terus memberi tumpuan kepada ... ekonomi kecil dan sederhana yang bergantung kepada perdagangan, jadi terdapat beberapa kriteria."
MESYUARAT MENTERI
Pada sidang media selepas mesyuarat menteri, Encik Gan berkata para menteri mengesahkan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan dengan mengumumkan Deklarasi Daya Tahan Rantaian Bekalan.
Wakil dari 13 negara anggota mengeluarkan deklarasi menteri, yang bertujuan untuk membolehkan tindak balas yang lebih pantas dan bermakna terhadap risiko dan gangguan rantaian bekalan utama.
Pengarah Sekretariat Negara bagi Ehwal Ekonomi Switzerland, Helene Budliger Artieda berkata deklarasi itu menggesa negara-negara untuk bertukar-tukar maklumat, memudahkan perdagangan semasa krisis dan meningkatkan komunikasi pada waktu-waktu kecemasan dengan mencalonkan titik hubungan kebangsaan.
Usaha memudahkan perdagangan semasa krisis boleh termasuk menghapuskan cukai kastam, mengawal daripada mengenakan sekatan eksport, menghapuskan hadangan bukan tarif dan mempercepatkan aliran dan transit barangan penting, katanya.
Para menteri juga melancarkan tiga bidang tumpuan baharu: memajukan perdagangan digital dan tanpa kertas, mengukuhkan sistem perdagangan berasaskan peraturan dan memanfaatkan teknologi.
"Aliran kerja ini akan membantu ahli menangani cabaran yang muncul dan merebut peluang dalam ekonomi global yang berubah-ubah," kata Encik Gan.
Semasa pembukaan mesyuarat itu, Encik Gan berkata bahawa inisiatif oleh kumpulan berkenaan menunjukkan bagaimana ia boleh melakar dan merintis huraian-huraian.
Beliau juga menyatakan bahawa ahli-ahli bersetuju untuk menerima "geometri fleksibel".
Encik Gan berkata deklarasi mengenai daya tahan rantaian bekalan adalah ilustrasi yang baik tentang sistem "geometri fleksibel", memandangkan tidak semua ahli melakarkan deklarasi tersebut secara bersama.
Pendekatan itu akan membolehkan perkongsian tersebut bergerak pantas, berdaya inovasi, menguji idea baharu dan merebut peluang baharu, sambil kekal terbuka dan inklusif.
Negara-negara bukan ahli Perkongsian FIT juga boleh menyertai inisiatif berkenaan, selagi 75 peratus ahli meluluskan penyertaan negara tersebut.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.