Skip to main content

Singapura

Malaysia minta lebih banyak masa untuk buat keputusan berkaitan projek RTS: MOT

Singapura mengesahkan bahawa Malaysia meminta agar ia diberi lebih banyak masa, selama enam bulan lagi, untuk memberi respons mengenai perkara-perkara berkaitan Projek Sistem Gerak Cepat Johor Bahru-Singapura (RTS).

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia minta lebih banyak masa untuk buat keputusan berkaitan projek RTS: MOT

Lukisan Stesen Woodlands Utara bagi Laluan RTS. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 06:27PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 06:32PM

SINGAPURA: Singapura mengesahkan bahawa Malaysia meminta agar ia diberi lebih banyak masa, selama enam bulan lagi, untuk memberi respons mengenai perkara-perkara berkaitan Projek Sistem Gerak Cepat Johor Bahru-Singapura (RTS).

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan Malaysia mengemukakan permintaan itu pada Rabu (27 Mac).

Malaysia sedang menyemak skop, struktur dan kos projek itu yang sudah dipersetujui bersama sebelum ini.

Kementerian Pengangkutan menyatakan tarikh akhir boleh ditunda dan parameter projek boleh disemak semula, tetapi ia mestilah dilakukan dalam rangka kerja perjanjian dua hala itu serta tertakluk kepada persetujuan dari kedua-dua negara.

MOT menyatakan Malaysia boleh meminta untuk menggantung projek itu atau membatalkan perjanjian yang ada sama sekali dan meminta dirundingkan perjanjian baru.

Kerja membina projek kereta api RTS itu sepatutnya bermula tahun ini dan selesai pada 2024.

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita