Malaysia Fest kembali ke SG selama 4 hari
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/malaysia.fest)
SINGAPURA: Edisi keenam Expo Malaysia Fest akan kembali ke Singapura mulai esok (27 Jul) hingga Ahad (30 Jul) ini.
Diadakan di Dewan 5, Singapore Expo, Malaysia Fest kali ini bakal menjadi yang terbesar melibatkan 278 gerai usahawan, yang mempromosikan lebih 2,000 produk keluaran Malaysia.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA, Abdul Rashid Bahri, berkata pihaknya bersama pihak penganjur buat julung-julung kalinya juga akan mengadakan sesi rangkaianperniagaan.
Ia bagi memadankan usahawan Malaysia dengan pengimport Singapura, melibatkan 13 pemain industri yang terdiri daripada pertubuhan perdagangan, pengusaha pasar raya, restoran, fesyen dan logistik.
FAMA menjangkakan Expo Malaysia Fest akan menarik kira-kira 120,000 pengunjung, seterusnya menjana nilai jualan langsung RM10 juta (S$2.9 juta) selain potensi nilai eksport RM25 juta (S$7.3 juta).
Melalui program itu, FAMA berharap lebih banyak produk agromakanan Malaysia dapat dipasarkan di sini, untuk memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk-produk keluaran negara itu.

Sumber : Bernama/LL/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.