Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Malaysia Fest di SG sasar jualan lebih RM7 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Fest di SG sasar jualan lebih RM7 juta

(Gambar: MegaXpress International/Facebook)

Diterbitkan : 09 Jul 2023 07:18PM Dikemas Kini : 09 Jul 2023 08:14PM
GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan lebih RM7 juta (S$2 juta) membabitkan 124 usahawan dari seluruh negara yang menyertai Malaysia Fest di Singapura bermula 27 hingga 30 Julai ini.

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata ekspo yang menawarkan pelbagai produk segar dari Malaysia itu sentiasa mendapat sambutan warga Singapura.

"Usahawan kita yang menyertai ekspo itu akan mempromosi dan memasarkan produk melambangkan negeri-negeri di negara ini termasuk juga destinasi pelancongan serta kraftangan.

"Antaranya ialah produk usahawan dari Pulau Pinang iaitu jeruk madu Pak Ali, belacan, kopi Hang Tuah, songkok dan tarbus, manakala Terengganu pula menampilkan produk keropok lekor serta banyak lagi dari negeri-negeri lain yang masing-masing menawarkan produk mereka.

"Ada dalam kalangan usahawan ini pernah menyertai ekspo tersebut dan mempunyai peminat tersendiri di sana malah kita juga membawa usahawan-usahawan baru untuk mereka kembangkan perniagaan di sana. Ini adalah peluang untuk mengeksport produk ke luar negara," katanya kepada para pemberita hari ini (9 Jul).

Encik Aminuddin berkata demikian ketika ditemui di majlis penutupan Pulau Pinang FAMA Fest 2023 di Kompleks Bukit Jambul, dekat sini oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Chan Foong Hin.

Encik Aminuddin berkata selain sasaran jualan sebanyak RM7 juta, pihaknya juga mahu melakukan padanan perniagaan yang bernilai RM3.5 juta (S$1 juta) membabitkan usahawan yang terlibat dalam ekspo tersebut.

"Kebanyakan usahawan yang pernah menyertai ekspo itu mempunyai "business link" dengan syarikat-syarikat di luar negara dan kita harap menerusi penyertaan itu nanti akan lebih banyak padanan perniagaan dapat dibuat dalam usaha memperluaskan produk masing-masing," katanya.

Sementara itu, Encik Chan berkata KPKM menyokong penuh usaha FAMA yang membantu memasarkan produk-produk untuk usahawan dan ekspo tersebut juga di antara peluang produk tempatan diperkenalkan di luar negara.

"Seperti di dalam negara, FAMA memperkenalkan FAMA Fest dan di Pulau Pinang sendiri hari ini adalah hari terakhir selepas berlangsung selama tiga hari. Ini boleh merancakkan industri Agromakanan Negara dan dalam masa sama membantu orang ramai mendapatkan bekalan makanan dengan harga lebih murah.

"Pulau Pinang FAMA Fest 2023 ini merupakan acara tahunan dan pada kali ini sasaran nilai jualan ialah sebanyak RM700,000 dengan penglibatan seramai 60 usahawan, dan menyasarkan 60,000 pengunjung," katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan