Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Malam lebih panas, lembab dijangkakan pada dua minggu pertama Jun

Cuaca panas dan lembab pada bulan Mei lalu dijangka berterusan hingga dua minggu pertama bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Malam lebih panas, lembab dijangkakan pada dua minggu pertama Jun

Gambar fail: Xabryna Kek

Diterbitkan : 01 Jun 2021 10:14PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 10:18PM

SINGAPURA: Cuaca panas dan lembab pada bulan Mei lalu dijangka berterusan hingga dua minggu pertama bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (1 Jun).

Keadaan pada sebelah sepanjang dua minggu ini dijangka lebih panas dan lembab dengan suhu minimum mencecah 28 darjah Selsius pada sesetengah malam.

Menurut MSS, cuaca lebih panas ini berlaku apabila angin bertiup dari arah tenggara, membawa udara panas dan lembab dari laut ke darat.

Suhu harian diramalkan antara 25 darjah Selsius hingga 34 darjah Selsius pada kebanyakan hari dan boleh mencecah 35 darjah Selsius pada beberapa hari apabila kurang awan di langit.

Hujan tengkujuh pula diramalkan berada di garisan utara Asia Tenggara, membawa keadaan kering, panas dan lembab ke Singapura dan kawasan-kawasan di sekitar rantau ini pada sesetengah hari.

Secara keseluruhan, jumlah hujan bagi separuh pertama Jun 2021 dijangka berada di bawah paras biasa di kebanyakan bahagian Singapura.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan