Malam Cabaran Presiden 2025 anjuran Mediacorp berjaya kumpul lebih S$14 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Acara pengumpulan dana tahunan Mediacorp, Malam Cabaran Presiden, berjaya mengumpul sumbangan sebanyak S$14,980,947 - yang akan menyokong 60 program di bawah inisiatif Cabaran Presiden 2025.
Acara tersebut berlangsung pada Ahad (2 Nov) dan dikendalikan oleh penyampai veteran Steven Chia serta DJ 987 Sonia Chew.
Turut membuat penampilan istimewa sebelum konsertnya yang bakal berlangsung di sini ialah kugiran legenda dari Denmark, Michael Learns To Rock, yang memukau penonton dengan lagu-lagu klasik seperti 'Paint My Love' dan '25 Minutes'.
Dalam satu segmen khas, Presiden Tharman Shanmugaratnam turut menyertai bekas atlet tenis meja negara, Ethan Poh dalam sesi “piano pong”, diiringi persembahan piano oleh kanak-kanak lapan tahun berbakat, Kyan Lee.
Pautan derma bagi Malam Cabaran Presiden 2025 akan terus dibuka sehingga 9 November melalui laman rasmi acara tersebut.
Orang ramai boleh menonton Malam Cabaran Presiden 2025 secara percuma di mewatch, atau menonton siaran ulangannya di Saluran 5 pada 9 November, pukul 4.30 petang.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.