Maktab Rendah terjejas gabungan adakan upacara perpisahan
Empat pasang maktab rendah digabungkan tahun depan. Beberapa sekolah tersebut membuat persiapan untuk mengosongkan kampus mereka.
SINGAPURA: Empat pasang maktab rendah digabungkan tahun depan. Beberapa sekolah tersebut membuat persiapan untuk mengosongkan kampus mereka.
Suasana di Maktab Rendah Tampines suram dengan kaki tangan sekolah, pelajar dan alumni mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah ini.
Buat kali terakhir, Pengetua sekolah ini memberikan kunci kepada penjaga sekolah Encik Rahmat Mohd Zaini yang sudah lama berkhidmat di maktab rendah tersebut dan tidak asing lagi dengan kerenah pelajar yang datang lambat ke sekolah.
Majlis perpisahan di Maktab Rendah Tampines dihadiri sekitar 3,000 bekas pelajar dan kaki tangan sekolah, kebanyakannya datang dengan warna sekolah berkenaan.
Maktab Rendah Tampines digabungkan bersama Maktab Rendah Meridian bermula tahun depan.
Keadaan kelihatan lebih sepi di Maktab Rendah Serangoon.
Namun perasaan pilu tetap dirasakan oleh para pelajarnya seperti Jamie Lee, yang merupakan salah seorang pelajar daripada kumpulan terakhir di sekolah tersebut.
Sekolah di Upper Serangoon itu akan digabungkan dengan Maktab Rendah Anderson. Namun Jamie yakin warisan SRJC selama 30 tahun akan dipelihara walaupun kampus ini sudah tiada lagi.
Lagu kebangsaan di kolej berkenaan mungkin dinyanyikan buat kali terakhir, namun bagi para pelajarnya, legasi sekolah yang ditubuhkan pada 1988 itu tetap akan kekal selamanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.