Maktab Rendah Katolik akan pindah ke Punggol, operasi disasar bermula pada 2034
Maktab Rendah Katolik (CJC) akan berpindah ke sebuah kampus baharu berhampiran Daerah Digital Punggol, dengan operasinya disasarkan bermula pada 2034, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Jumaat (16 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
- Maktab Rendah Katolik (CJC) akan berpindah ke kampus baharu berhampiran Daerah Digital Punggol, dengan operasi dijangka bermula pada tahun 2034.
- Pemindahan ini bertujuan menawarkan pendidikan prauniversiti berkualiti dan memanfaatkan peluang kerjasama dengan institusi digital serta universiti berdekatan.
- Keputusan dibuat selepas rundingan dua tahun, mengambil kira keadaan kampus lama, keperluan masyarakat timur laut, dan potensi pendidikan strategik di Punggol.
- MOE dan jawatankuasa pengurusan sekolah akan memastikan peralihan lancar serta memelihara tradisi, budaya dan warisan CJC di lokasi baharu.
SINGAPURA: Maktab Rendah Katolik (CJC) akan berpindah ke sebuah kampus baharu berhampiran Daerah Digital Punggol, dengan operasinya disasarkan bermula pada 2034, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Jumaat (16 Jan).
Kampus baharu itu terletak kira-kira 20 kilometer dari tapak sedia adanya di Whitley Road.
Dalam satu kenyataan media, MOE menyatakan pemindahan tersebut akan memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih luas dan “menyediakan pendidikan prauniversiti berkualiti di kawasan timur laut Singapura”.
Ia menambah bahawa langkah itu juga akan meletakkan CJC berdekatan dengan syarikat dan institusi digital di Daerah Digital Punggol, termasuk Institut Teknologi Singapura (SIT).
Ini akan membolehkan pihak sekolah meneroka kerjasama dan perkongsian di kawasan tersebut bagi meningkatkan pendedahan pelajar kepada perkembangan terkini serta peluang dalam sektor digital, menurut MOE.
Maktab rendah itu juga akan dapat menjalankan pelbagai aktiviti luar dan sukan dengan lebih meluas di Pusat Sukan Daerah Punggol yang terletak berhampiran, serta ruang rekreasi lain.
“Kampus baharu CJC akan menawarkan ruang pembelajaran interaktif yang menyokong keperluan pendidikan para pelajarnya,” menurut MOE.
Ia menambah bahawa kampus baharu itu akan mempunyai “ciri-ciri yang dipertingkatkan”, seperti ruang yang boleh diubahsuai bagi pelbagai tujuan.
Tahun lalu, Menteri Pendidikan ketika itu, Chan Chun Sing, mengumumkan bahawa CJC, bersama tiga lagi maktab rendah – Maktab Rendah Anglo-Chinese, Maktab Rendah Kebangsaan dan Maktab Rendah Victoria – akan disertakan dalam fasa kedua program penyegaran maktab rendah.
Beliau berkata MOE sedang bekerjasama dengan institusi-institusi tersebut berhubung pelan infrastruktur mereka, termasuk kemungkinan memindahkan mereka ke lokasi baharu.
Maktab Rendah Anderson Serangoon, Maktab Rendah Jurong Pioneer, Maktab Rendah Temasek dan Maktab Rendah Yishun Innova pula sedang menjalani peningkatan di bawah fasa pertama, yang dijangka selesai pada Januari 2028.

PERTIMBANGAN DI SEBALIK PEMINDAHAN
Pengerusi jawatankuasa pengurusan sekolah CJC, Bernard Tan, berkata keputusan untuk memindahkan maktab rendah itu dikaji dengan teliti dan dibuat selepas rundingan dengan pihak berkepentingan terpilih selama dua tahun.
Pihak sekolah menyatakan bahawa pemindahan tersebut dipandu oleh tiga pertimbangan: kampus Whitley Road yang semakin usang, yang siap dibina pada 1970an, ketersediaan tapak di Punggol bagi memenuhi keperluan masyarakat di timur laut Singapura, serta “peluang pendidikan strategik” yang ditawarkan oleh Daerah Digital Punggol yang berdekatan.
Encik Tan berkata beberapa aspek turut dikaji, termasuk bagaimana langkah itu akan menjejas akses para pelajar serta perubahan dalam kawasan kejiranan Punggol.
“Sebahagian ahli (dalam jawatankuasa pengurusan sekolah) malah menaiki MRT untuk mencuba perjalanan dari Jurong ke Punggol … dan tiada satu pun perjalanan yang mengambil masa lebih daripada sejam,” kata beliau, sambil menambah bahawa kampus baharu itu terletak berhampiran dengan stesen MRT Punggol Coast.
“Bagi JC, lokasi tidak sesensitif sekolah rendah, di mana terdapat zon satu kilometer. Pelajar JC bersedia untuk berulang-alik,” kata beliau.
Beliau menambah bahawa pihak sekolah turut mengambil kira perkembangan yang “mengalihkan tumpuan penduduk ke arah wilayah timur laut”.
“Kami juga meneliti dari mana datangnya pelajar kami sekarang dan sama ada mereka akan terjejas … malah bagi pelajar sedia ada, majoritinya, tidak mengejutkan, berasal dari timur laut pulau ini.”
Selain itu, katanya, pemindahan tersebut menawarkan peluang dan sinergi pendidikan bagi para pelajar kerana CJC akan menjadi satu-satunya JC yang terletak bersebelahan dengan sebuah universiti.
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata langkah itu akan menyumbang kepada kerancakan Punggol, dengan sekolah tersebut membawa “tenaga belia, khidmat dan sumbangan selama berdekad-dekad”.
“Punggol telah berubah dengan ketara,” tambah DPM Gan, yang juga merupakan Anggota Parlimen bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan(GRC) Punggol.
“Dalam tempoh kurang dua dekad, ia telah berkembang menjadi sebuah kawasan kejiranan yang dibanggakan oleh ramai keluarga muda sebagai tempat tinggal, dan ia terus mencerminkan bahawa kita tidak pernah selesai membina Singapura, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dalam cara kita mewujudkan peluang, semangat kebersamaan dan tujuan yang dikongsi secara bersama-sama.”
“MEMINDAHKAN SEBUAH MAKTAB TIDAK MUDAH”
Berucap pada acara tersebut, Encik Tan berkongsi bahawa sebagai alumni sekolah itu, beliau amat menghargai rasa sayang yang dikongsi ramai terhadap maktab di Whitley Road.
“Memindahkan sebuah maktab tidak mudah, terutamanya yang berusia 50 tahun,” kata beliau.
Encik Tan berkata satu jawatankuasa akan dibentuk untuk “meneliti perkara-perkara yang bermakna” kepada para pelajar dan sejarah sekolah, serta melihat sama ada ia boleh dibawa ke kampus baharu.
“Itu penting bagi kami agar wujudnya ikatan emosi dengan sekolah baharu yang boleh dikaitkan oleh alumni lama,” kata beliau.
MOE menyatakan pihak berkepentingan utama, termasuk jawatankuasa pengurusan sekolah, kakitangan dan alumni, menyokong langkah tersebut dan “menantikan peluang yang boleh ditawarkan oleh lokasi baharu”.
Kementerian itu menyatakan ia akan terus bekerjasama dengan CJC bagi memastikan peralihan yang lancar serta memelihara warisan sekolah tersebut.
“Ini termasuk mengekalkan tradisi pendidikan tersendiri maktab tersebut, budaya sekolah, artifak sejarah, serta meneroka daya maju dalam memindahkan elemen seni bina penting dari kampus sedia ada,” tambahnya.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.