Skip to main content

Singapura

Makmal STANCE ditubuhkan untuk bantu diagnosis penyakit mata

Sebuah makmal penyelidikan ditubuhkan untuk membangunkan teknologi baru bagi membantu diagnosis dan pengurusan penyakit mata.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jan 2020 07:31PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 09:53PM

SINGAPURA: Sebuah makmal penyelidikan ditubuhkan untuk membangunkan teknologi baru bagi membantu diagnosis dan pengurusan penyakit mata.

Diberi nama Makmal STANCE, makmal itu adalah hasil kerjasama antara Institut Penyelidikan Mata Singapura dengan Universiti Teknologi Nanyang.

Prototaip mesin pengesanan mata itu boleh mengesan penyakit mata seperti glaukoma dan kemerosotan makular.

Bacaan semakan itu kemudian akan serta merta dikongsikan di skrin mesin tersebut.

Mesin itu pada akhirnya nanti akan berfungsi secara automatik dan disepadukan dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) supaya para pesakit boleh menggunakannya sendiri tanpa memerlukan seseorang pengendali.

Mesin itu adalah antara 11 projek berkaitan dengan mata yang sedang dijalankan makmal baru itu bagi membantu para penduduk yang kian menua di Singapura kekal celik.

Satu lagi projek bertujuan untuk memberikan lebih cahaya dengan pengimejan mata 3D.

Mesin yang menggunakan pengimejan pancaran cahaya tiga kali ganda diberi nama OCT untuk memberikan lebih banyak cahaya kepada mata dari pelbagai sudut.

Ini membolehkan pengiraan aliran darah lebih tepat dan memberikan pengesanan penyakit mata dengan lebih tepat juga.

Projek-projek berkenaan masih dalam peringkat awal lagi dan makmal tersebut berharap projek-projek itu dapat digunakan awam dalam masa 3 hingga 5 tahun akan datang.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita