Makmal S$18 juta dibuka bantu pengilang S'pura manfaat teknologi baru
Sebuah makmal baru bernilai S$18 juta ditubuhkan untuk membantu para pengilang tempatan memanfaatkan teknologi baru dan memperbaiki proses pengilangan.
SINGAPURA: Sebuah makmal baru bernilai S$18 juta ditubuhkan untuk membantu para pengilang tempatan memanfaatkan teknologi baru dan memperbaiki proses pengilangan.
Makmal itu dibuka dengan kerjasama agensi kajian A*STAR dan syarikat sofwe tempatan Arcstone.
Arcstone menjangkakan makmal tersebut akan menggajikan sekitar 30 jurutera dalam masa tiga tahun akan datang.
Projek-projek yang bakal dijalankan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepatkan jadual pengilangan, di samping mewujudkan wadah-wadah yang boleh membantu pengilang menguruskan penggunaan tenaga.
Makmal berkenaan dibuka secara rasmi oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong siang tadi (17 Jun).
Beliau berkata Singapura harus mempunyai syarikat-syarikat pengilangan tempatan yang mantap dan berkepakaran serta tidak boleh setakat bergantung kepada perusahaan asing untuk menubuhkan pangkalan di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.