Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makmal korporat S$60 juta dilancar, ExxonMobil bakal kerjasama dengan NTU & A*STAR

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Apr 2024 06:32PM Dikemas Kini : 27 Apr 2024 12:01AM
SINGAPURA: ExxonMobil melancarkan sebuah makmal korporat baharu bernilai S$60 juta di Singapura, yang bertujuan mencari huraian-huraian rendah karbon.

Usaha kerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan A*STAR ini merupakan yang pertama seumpamanya yang dijalankan syarikat tenaga gergasi di Singapura.

Menerusi makmal tersebut, lebih 50 penyelidik, saintis dan penuntut akan menjalankan projek-projek bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dan meningkatkan kecekapan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini termasuk mengubah sisa biojisim atau 'biomass' menjadi bahan api penerbangan yang mampan, menggunakan air laut untuk memerangkap karbon dioksida atau menghasilkan bahan binaan alternatif.

Berucap di pelancaran makmal korporat itu,Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, huraian-huraian itu boleh diperluas untuk menyokong peralihan tenaga di Singapura mahupun negara lain.

"Syarikat-syarikat boleh memanfaatkan kekuatan Institut Pengajian Tinggi dan Institut Penyelidikan kami untuk memajukan matlamat inovasi mereka. Manakala para penyelidik pula boleh memperoleh pemahaman lebih baik tentang keperluan industri," kata Encik Heng..

"Ini mengukuhkan ekosistem inovasi dengan menjadi pemangkin kepada pengubahan hasil penyelidikan menjadi teknologi dan huraian yang boleh digunakan di pasaran bagi menyelesaikan cabaran-cabaran dunia sebenar," tambahnya.
Sumber : CNA/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan