Skip to main content

Singapura

Makmal baru hasil huraian bandar bijak dibuka di S'pura

Sebuah makmal baru sudah dibuka di negara ini untuk menghasilkan huraian-huraian bandar bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Makmal baru hasil huraian bandar bijak dibuka di S'pura

(Gambar: Capitaland)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 08:31PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 11:01PM

SINGAPURA: Sebuah makmal baru sudah dibuka di negara ini untuk menghasilkan huraian-huraian bandar bijak.

Ia bertujuan mempercepat penghasilan dan penggunaan huraian-huraian itu di Singapura dan negara-negara lain.

Makmal itu yang pertama di Asia Tenggara yang diterajui sesebuah syarikat dan dipelopori Capitaland.

Syarikat pemaju hartanah itu bersama rakan-rakan industrinya memperuntukkan S$10 juta bagi makmal itu.

Ia memberi tumpuan kepada enam bidang termasuk pertanian di kawasan bandar, estet bijak dan mobiliti bijak.

Sebagai contoh makmal itu sedang menguji teknologi-teknologi satelit yang akan merintis jalan bagi penggunaan kenderaan bergerak sendiri.

Idea-idea lain termasuk realiti maya, pemetaan 3 Dimensi dan menghantar bekalan ubat menggunakan dron.

30 syarikat termasuk Microsoft dan Johnson Controls sudah turut serta dan makmal itu dijangka memberi manfaat kepada 200 syarikat di Singapura dalam masa tiga tahun akan datang.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata makmal itu adalah satu contoh kerjasama yang baik antara pelbagai jenis perusahaan. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita