Makmal baharu terima suntikan dana S$34 juta untuk senggara pesawat dengan lebih berkesan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Sebuah makmal baharu menerima suntikan dana bernilai S$34 juta bagi tujuan menyenggara pesawat dengan lebih berkesan.
Ia merupakan peluasan kepada sebuah perkongsian antara Singapore Aero Engine Services atau SAESL, Rolls-Royce dan A*Star.
Teknologi seperti lengan robot, yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk memeriksa bahagian enjin pesawat, akan digunakan di makmal baharu tersebut.
Dengan para pekerja tidak lagi perlu melakukan tugasan manual sedemikian, ia dapat meningkatkan daya penghasilan.
Lantas, makmal baharu itu nanti dijangka mampu membaiki 40 peratus lebih banyak enjin pesawat setiap tahun bermula dari 2028.
Berucap di upacara pecah tanah kemudahan itu pada Khamis (16 Jan), Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata, inovasi seumpama itu penting untuk kekal berdaya saing.
SAESL dan Rolls-Royce juga digalakkan untuk memanfaatkan kepakaran A*STAR.
"Kedua-dua syarikat akan bekerja rapat dengan A*STAR untuk membangunkan teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penghasilan," kata Encik Gan.
"Antaranya, menambah baik teknik pembuatan semula bagi kerja pembaikan yang rumit, proses memasang dan menanggalkan enjin serta membangunkan automasi canggih dan teknologi pemeriksaan dengan keupayaan yang didaya AI," tambahnya.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.