Skip to main content

Singapura

Makmal baharu kuasa AI bakal percepat usaha cipta ubat di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Dec 2025 08:22PM Dikemas Kini : 28 Dec 2025 12:24AM
SINGAPURA: Sebuah makmal baharu berkuasa kecerdasan buatan (AI), akan mempercepatkan penemuan dan penciptaan ubat-ubatan dalam kalangan syarikat biofarmaseutikal dan teknologi perubatan di Singapura.

Makmal itu dibina oleh syarikat pemula AI kimia ChemLex sebahagiannya dengan pembiayaan S$58 juta.

Makmal itu juga akan berfungsi sebagai ibu pejabat global ChemLex.

Ia bermatlamat untuk mengambil sehingga 50 orang pekerja dalam tahun pertamanya.

Ia juga akan bekerjasama dengan rakan-rakan industri untuk mempercepatkan penggunaan AI dalam memajukan bidang kimia.

Menurut ChemLex, robot-robot di makmal mengendalikan tugas-tugas manual dan berulang seperti menyediakan, mencampur dan memisahkan bahan kimia.

Robot-robot itu boleh terus beroperasi 24 jam sehari,
menyelesaikan tugas-tugas ini sehingga empat kali lebih pantas.

Ini juga mengurangkan kos sebanyak empat kali lebih rendah.

Semasa pembukaannya, ChemLex menandatangani perjanjian dengan platform pembangunan ubat-ubatan kebangsaan Singapura, Pusat Pembangunan Ubat Ujikaji (EDDC).
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita