Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makmal Agritech dilancar bagi penuhi permintaan kerja sektor pertanian canggih

NTUC LearningHub melancarkan Makmal Agritech pertamanya hari ini (16 Sep) bagi memenuhi permintaan pekerjaan yang kian meningkat dalam sektor itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2021 08:05PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 09:06PM

SINGAPURA: NTUC LearningHub melancarkan Makmal Agritech pertamanya hari ini (16 Sep) bagi memenuhi permintaan pekerjaan yang kian meningkat dalam sektor itu.

Kohort pertama 119 orang akan menjalani latihan amali di rumah-rumah hijau yang canggih.

Antara lain, mereka akan belajar cara menggunakan teknologi pertanian canggih seperti sistem titisan mikro dan pembajaan.

Mereka juga akan menimba kemahiran baru dalam kecerdasan buatan (AI) dan Teknologi Maklumat, selain diberi sokongan untuk mendapatkan pekerjaan.

Buat masa ini, terdapat sekitar 70 hingga 80 kerja kosong yang ditawarkan termasuk tugas pakar ekonomi pertanian, jurutera, serta pengurus penjualan hasil pertanian.

Makmal Agritech@Benoi itu adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu Singapura mencapai sasaran "30 menjelang 30" bagi menghasilkan 30 peratus hasil pertanian tempatan menjelang 2030.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan