Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Maklumat pendedahan COVID-19 TraceTogether tidak sepatutnya diguna untuk larang masuk tempat

Pihak berkuasa menyatakan maklumat pemberitahuan pendedahan kepada COVID-19 di aplikasi TraceTogether tidak sepatutnya diguna untuk memberi kebenaran atau melarang para pengunjung memasuki sesebuah tempat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 May 2021 07:49PM Dikemas Kini : 07 May 2021 08:46PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menyatakan maklumat pemberitahuan pendedahan kepada COVID-19 di aplikasi TraceTogether tidak sepatutnya diguna untuk memberi kebenaran atau melarang para pengunjung memasuki sesebuah tempat.

Menurut pihak berkuasa, mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat sesuatu kes COVID-19, pastinya sudah menerima arahan kuarantin.

Penjelasan itu diberikan menyusuli laporan bahawa ada premis tidak membenarkan sesetengah pengunjung masuk setelah rekod TraceTogether mereka menunjukkan mereka mungkin terdedah kepada kes COVID-19.

Pihak berkuasa menyatakan para individu yang kebetulan berada di tempat yang sama dengan sesuatu kes mungkin dinasihati memantau kesihatan mereka selama 14 hari dan berjumpa doktor jika menunjukkan gejala COVID-19.

Namun, pihak berkuasa menegaskan bahawa risikonya amat kecil kerana mereka mungkin tidak bergaul rapat dengan kes itu, memandangkan saiz tempat yang luas.

Oleh itu, mereka boleh meneruskan kegiatan harian mereka.

Sumber : CNA/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan