Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Maklumat pendaftaran 108 anggota ActiveSG mungkin diakses dengan cara tidak betul

Maklumat pendaftaran lebih 100 anggota ActiveSG mungkin diakses oleh 84 anggota lain yang mempunyai akaun untuk anak-anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2019 07:53PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 10:48PM

INGAPURA: Maklumat pendaftaran lebih 100 anggota ActiveSG mungkin diakses oleh 84 anggota lain yang mempunyai akaun untuk anak-anak mereka.

Ini berlaku akibat kesilapan sofwe aplikasi ActiveSG pada petang Jumaat (2 Mac). Kesilapan itu berjaya diperbetulkan dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, enam daripada akaun yang terjejas mungkin secara tersilap digunakan untuk memasuki kolam-kolam renang.

Siasatan awal menunjukkan bahawa ia berpunca akibat kesilapan manusia oleh pihak vendor aplikasi tersebut.

Agensi sukan kebangsaan, SportSG, sudahpun menghubungi dan meminta maaf kepada para anggota yang terjejas.

SportSG juga sedang bekerjasama dengan pihak vendor untuk mengetatkan lagi protokol penggunaan. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan