Skip to main content

Singapura

Maklumat kemerdekaan yang didedahkan bukan baharu, catatan sejarah sememangnya wujudkan pandangan berbeza: Josephine Teo

Dokumen-dokumen yang didedahkan kepada umum yang dirujuk dalam dokumentari baru-baru ini mengenai kemerdekaan Singapura bukanlah baharu, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo pada Jumaat (26 Sep), sambil menambah bahawa sifat catatan sejarah bermakna pandangan berbeza akan sentiasa wujud.

Anggaran Waktu Membaca:
Maklumat kemerdekaan yang didedahkan bukan baharu, catatan sejarah sememangnya wujudkan pandangan berbeza: Josephine Teo

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak (kiri), bersama Menteri Kewangan Singapura ketika itu, Goh Keng Swee. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Dokumen-dokumen yang didedahkan kepada umum yang dirujuk dalam dokumentari baru-baru ini mengenai kemerdekaan Singapura bukanlah baharu, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo pada Jumaat (26 Sep), sambil menambah bahawa sifat catatan sejarah bermakna pandangan berbeza akan sentiasa wujud.

Cik Teo menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen (AP) Gerald Giam di parlimen sama ada catatan sejarah dalam rekod rasmi dan buku teks sekolah akan dikemas kini berikutan pendedahan dokumen yang baru didedahkan kepada umum mengenai pemisahan Singapura daripada Malaysia, dan jika ya, catatan yang mana mungkin disemak semula.

Mediacorp bulan lalu menyiarkan Separation: Declassified – 100 Days That Created A Nation, sebuah dokumentari dua bahagian yang mendedahkan – melalui surat peribadi, catatan saksi dan dokumen yang dahulunya sulit – betapa tegangnya dan hampir kepada keganasan kemerdekaan Singapura.

Dokumentari itu mendedahkan, antara lain, bagaimana pemimpin Singapura menyembunyikan rundingan, termasuk daripada pihak British, dan bagaimana dokumen undang-undang pemisahan disiapkan semasa rundingan lewat malam.

Encik Giam (WP–Aljunied) juga bertanya bagaimana pemerintah akan memastikan pemahaman yang lebih bermakna mengenai tempoh tersebut dalam naratif negara, dan sama ada garis masa untuk kemas kini itu boleh disediakan.

“Tidak jelas apakah kemas kini catatan sejarah dalam rekod rasmi dan buku teks yang diminta Encik Giam,” kata Cik Teo.

“Bahan yang didedqahkan kepada umum yang beliau rujuk bukanlah baharu. Dokumen British dan Australia telah didedahkan sejak awal 1990-an dan telah tersedia kepada para sarjana, wartawan dan lain-lain selama hampir 35 tahun.”

Beliau menambah bahawa dokumen tersebut, serta sumber lain, sudah digunakan oleh sejarawan tempatan Albert Lau dalam karya definitif beliau tentang pemisahan, A Moment Of Anguish: Singapore In Malaysia And The Politics Of Disengagement, yang diterbitkan pada 1998.

Pada tahun yang sama, jilid pertama memoir Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, The Singapore Story, turut diterbitkan.

Selain dokumen British, Australia dan New Zealand yang sudah didedahkan kepada umum, Encik Lee turut merujuk kepada rakan-rakan utama beliau yang terlibat dalam rundingan dengan Malaysia, khususnya Dr Goh Keng Swee dan Encik E.W. Barker, serta sejarah lisan dan catatan peribadi beliau pada waktu itu.

“Sifat catatan sejarah itu sendiri bermakna akan ada pandangan yang berbeza,” kata Cik Teo. “Sebagai contoh, Encik E.W. Barker pernah menyifatkan kemerdekaan Singapura sebagai satu ‘Pemisahan yang dirundingkan’.”

“Pelajar sejarah yang berminat mempunyai akses kepada bahan ini dan boleh membentuk pandangan yang lebih halus,” tambah beliau.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita