Maklumat dialek: Pemerintah akur peri penting warisan, salasilah rakyat S'pura
Pemerintah memutuskan untuk memasukkan semula maklumat mengenai dialek dalam sijil kelahiran digital setelah mengambil kira maklum balas dari pihak-pihak berkepentingan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata pemerintah memutuskan untuk memasukkan semula maklumat mengenai dialek dalam sijil kelahiran digital setelah mengambil kira maklum balas dari pihak-pihak berkepentingan.
Beliau berkata demikian semasa bertemu media di luar acara kemasyarakatan di Nee Soon.
Pemerintah juga akur, kata beliau, tentang peri pentingnya warisan dan salasilah rakyat Singapura dilestarikan.
Encik Shanmugam berkata: "Saya memahami perasaan mengenai maklumat kumpulan dialek. Ia ada kaitan dengan budaya, dengan warisan yang menjadi pegangan ramai orang dan menginginkan agar ia dipelihara.
"Langkah tidak menyertakan maklumat itu mencetuskan keprihatinan. Ia adalah keprihatinan yang mesti diakui."
Menurut Encik Shanmugam lagi, pemerintah sepatutnya menyatakan dengan jelas bahawa maklumat mengenai dialek mudah diakses di laman Singpass.

Sumber : CNA/ZM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.