Maklum balas pesakit tidak digunakan tentukan gred prestasi jururawat, kata Rahayu Mahzam
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Maklum balas daripada pesakit dan anggota keluarga mereka tidak digunakan secara langsung untuk menentukan gred prestasi yang diterima jururawat, kata Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kesihatan Rahayu Mahzam pada Rabu (30 Nov).
Namun, maklum balas negatif akan memberi kesan terhadap prestasi jururawat dan penilaian jika mereka didapati memerlukan penambahbaikan dalam beberapa aspek, tambah beliau.
Cik Rahayu menjawab pertanyaan daripada AP Louis Ng (PAP-Nee Soon) yang bertanya bagaimana jururawat dilindungi daripada maklum balas yang tidak wajar atau penganiayaan daripada pesakit atau pelawat.
Jururawat dinilai secara keseluruhan melalui aspek-aspek utama seperti menyediakan jagaan yang tepat pada masanya dan bermutu kepada pesakit, menunjukkan keupayaan kepimpinan serta pembangunan profesional dan peribadi, kata Cik Rahayu.
"Meskipun institusi kesihatan memandang serius maklum balas daripada pesakit dan ahli keluarga mereka, ia tidak digunakan untuk menentukan secara langsung gred prestasi yang jururawat terima," jelas beliau.
"Secara amnya, maklum balas daripada pesakit dan anggota keluarga mereka dianggap sebagai sebahagian daripada peningkatan mutu dan jagaan bagi institusi jagaan kesihatan awam kami."
Maklum balas positif akan diberikan kepada jururawat dan pasukan penjagaan untuk mengiktiraf usaha mereka.
Maklum balas negatif pula akan disiasat dan ditangani dalam segi mutu penjagaan, kata Cik Rahayu.
Bagi penganiayaan dan gangguan, institusi jagaan kesihatan awam mengambil serius kelakuan sedemikian dan kakitangan dinasihatkan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia mereka atau saluran pemberi maklumat, tambah beliau.
"Ia akan disiasat dengan wajar kerana ia penting untuk melindungi dan menyokong kakitangan daripada pesakit yang menganiaya ataupun ahli keluarga yang menemani pesakit apabila perlu," kata Cik Rahayu.
Beliau menarik perhatian bahawa laporan polis difailkan sebelum ini dan siasatan lanjut dijalankan.
Dalam soalan tambahan, Encik Ng meminta Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengesahkan bahawa maklum balas negatif terhadap jururawat daripada pesakit ataupun ahli keluarga mereka tidak akan menjejas secara langsung bonus, penilaian atau kenaikan pangkat mereka.
Cik Rahayu menjelaskan bahawa jururawat bertanggungjawab dalam penjagaan pesakit jadi maklum balas daripada pesakit dan anggota keluarga akan dipertimbangkan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.