Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Maklum balas kepada HDB, LTA, NEA, NParks & PUB bentuk 53% kes di aplikasi OneService dari 2020 hingga 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih separuh daripada maklum balas yang diterima melalui aplikasi mudah alih Pemerintah, OneService dari 2020 sehingga 2022 dirujuk kepada lima agensi.

Demikian dikongsi di Parlimen pada Rabu (10 Mei).

Agensi-agensi tersebut adalah: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan agensi air negara (PUB).

Maklum balas kepada lima agensi itu membentuk 53 peratus daripada maklum balas perbandaran yang diterima melalui aplikasi tersebut sementara pelbagai majlis bandaran menangani lagi 44 peratus maklum balas.

Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara, Sim Ann, berkongsi perangkaan tersebut sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Zhulkarnain Abdul Rahim.

Ia berlatarbelakangkan kes yang dilaporkan TODAY pada bulan lalu mengenai peti sejuk yang dibuang secara haram di Hutan Clementi, yang mana pihak berkuasa mengambil selama lebih setahun untuk menghuraikannya.
Di sesi parlimen pada Isnin, Cik Sim berkata kelengahan berlaku kerana agensi-agensi pemerintah kurang berhubungan antara satu sama lain.

Mediacorp telah menghubungi Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk mendapatkan pecahan maklum balas yang diterima setiap agensi.

Di Parlimen pada Rabu, Encik Zhulkarnain juga bertanya mengenai purata masa yang diambil agensi-agensi tersebut untuk menjawab maklum balas yang difailkan menerusi aplikasi OneService serta sama ada Pejabat Perkhidmatan Perbandaran secara sendiri menjejaki, mengaudit atau mengesahkan maklum balas yang telah ditangani agensi tertentu.

Menjawab, Cik Sim menjelaskan bahawa dari 2020 sehingga 2022, lima agensi tersebut mengambil masa secara purata antara dua hingga tujuh hari bekerja untuk menyelesaikan kes maklum balas perbandaran.

 
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan