Skip to main content

Singapura

Maklum balas berkaitan kucing meningkat pada 2018, kata Lawrence Wong

Sekitar 4,500 maklum balas mengenai kes gangguan yang ada kaitan dengan kucing diterima dari merata Singapura pada tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Maklum balas berkaitan kucing meningkat pada 2018, kata Lawrence Wong

Gambar fail seekor kucing terbiar. (Gambar: Khaled Desouki/AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 12:31AM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 12:34AM

SINGAPURA: Sekitar 4,500 maklum balas mengenai kes gangguan yang ada kaitan dengan kucing diterima dari merata Singapura pada tahun lalu. Jumlah itu menyaksikan peningkatan berbanding jumlah maklum balas yang diterima pada 2016 apabila Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) mula memantau maklum balas seumpama itu.

Semasa membentangkan perangkaan tersebut dalam jawapan bertulis pada Isnin (18 Feb), Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata maklum balas berhubung kucing-kucing terbiar melonjak dari sekitar 2,300 kes pada 2016 kepada 3,600 kes pada 2018.

Maklum balas mengenai gangguan kucing peliharaan meningkat dari sekitar 500 kes pada 2016 kepada 900 kes pada tahun lalu.

Encik Wong berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng yang bertanya mengenai jumlah maklum balas mengenai gangguan berkaitan kucing yang diterima oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak 10 tahun lalu, dan sama ada maklum balas seumpama itu sudah merosot bagi kawasan undi Chong Pang.

Encik Wong menerangkan bahawa maklum balas sedemikian di estet-estet HDB dipantau oleh majlis bandaran masing-masing, manakala AVA pula menerima maklum balas dari merata Singapura.

AVA mula memantau maklum balas berkenaan pada 2016, kata Encik Wong sambil menambah bahawa jumlah maklum balas di kawasan undi Chong Pang kekal "tidak berubah".

Encik Ng juga adalah pengarah persatuan kebajikan haiwan, ACRES (Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan).

Pada minggu lalu, Anggota Parlimen GRC Nee Soon Lee Bee Wah dikritik oleh Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) selepas menyampaikan ucapan mengenai pengurusan haiwan di estet-estet HDB.

Dalam ucapannya, Cik Lee berkata para penduduk di beberapa kawasan membuat aduan mengenai tikus, yang dikaitkan dengan makanan yang ditinggalkan oleh mereka yang memberi makanan kepada kucing.

Cik Lee kemudian menerangkan bahawa kenyataan beliau disalah faham oleh sesetengah pihak dan beliau sebenarnya hanya mengkritik pihak-pihak yang memberi makanan kepada kucing secara tidak bertanggungjawab.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita