#MakingConnections 2025 himpunkan lebih 300 karyawan; buka tirai kempen Raikan Ilmu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 300 karyawan menghadiri acara tahunan #MakingConnections anjuran Yayasan MENDAKI yang berlangsung di pusat konvensyen Sands Expo & Convention Centre pada Jumaat (4 Julai).
Acara tersebut menjadi pembuka tirai kempen Raikan Ilmu, satu gerakan utama masyarakat Melayu/Islam untuk meraikan ilmu dan menyemai semangat pembelajaran sepanjang hayat, yang diadakan pada Julai.
Bertemakan “Profesional sebagai Pemimpin Industri dan Suri Teladan kepada Masyarakat”, acara tahun ini menampilkan sesi dialog bersama Pengerusi MENDAKI, Encik Zaqy Mohamad dan Cik Tan Su Shan, Ketua Pegawai Eksekutif DBS Group.
Ia turut disertai Menteri Negara bagi Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Rahayu Mahzam serta Anggota Parlimen, Cik Nadia Ahmad Samdin, dan Dr Syed Harun Alhabsyi.

Perbincangan menjurus kepada kepimpinan yang berasaskan tujuan jelas tentang masa depan serta peranan penting bimbingan, keterlibatan masyarakat, dan pembangunan kerjaya—terutamanya dalam sektor-sektor pertumbuhan seperti perbankan dan teknologi.
“Peluang untuk mendengar pandangan daripada Cik Tan Su Shan, seorang tokoh utama dalam industri perbankan, memberi pendedahan yang amat bernilai kepada golongan belia dan profesional kita,” kata Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran.
“Sesi ini membantu meningkatkan keyakinan diri, menyokong pembangunan kerjaya, dan membuka akses kepada rangkaian dan nasihat daripada pakar industri.”
Encik Zaqy turut menyentuh kemajuan positif dalam masyarakat Melayu/Islam, dengan mengatakan bahawa peratusan orang Melayu dalam jawatan PMET (Profesional, Pengurus, Eksekutif, dan Teknisyen) telah meningkat daripada 23 peratus pada tahun 2000 kepada 40 peratus pada tahun 2020 — satu pencapaian besar dalam mobiliti kerjaya dan peningkatan taraf hidup.
Salah seorang peserta dialog, perunding kewangan, Nana Syafiqa Robani berkata: “Perkongsian oleh Cik Tan Su Shan mengenai peri pentingnya ilmu pengetahuan dan komunikasi yang jelas amat menarik dan memberi inspirasi. Ia mengukuhkan lagi pemahaman bahawa kejayaan bukan sekadar mengejar gelaran atau pengiktirafan, tetapi tentang mencipta impak bermakna melalui apa yang kita lakukan."
Pemilik perniagaan, Hatta Aziz pula berkata: “Saya telah banyak belajar tentang individu di sebalik industri yang saya ceburi. Mendengar kisah peribadi tentang perjalanan mereka sangat memberi inspirasi dan telah membuka mata saya kepada dunia-dunia yang wujud di luar pengetahuan saya".

Sejak diperkenalkan pada 2022, #MakingConnections telah berkembang menjadi sebuah platform dinamik untuk pembangunan profesional dan pemerkasaan masyarakat.
Inisiatif itu membawa kepada penubuhan Rangkaian Profesional (PN) MENDAKI pada 2024, yang merangkumi sektor-sektor utama seperti Perbankan & Kewangan, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Penjagaan Kesihatan, Sumber Manusia, Undang-undang, Sains Hayat, Media & Kreatif, Kejuruteraan, Sektor Awam, Kerja Sosial dan Kemampanan serta Teknologi.
Rangkaian itu kini mempunyai kira-kira 1,000 ahli yang secara aktif membimbing, memimpin lawatan pembelajaran industri, dan menganjurkan pelbagai aktiviti pembangunan kerjaya.
Dalam separuh pertama tahun 2025 sahaja, lebih 30 aktiviti telah dianjurkan oleh rangkaian PN, dengan 40 lagi dirancang untuk separuh tahun berikutnya.
“Komitmen daripada para profesional ini menunjukkan potensi mereka bukan sahaja sebagai pemimpin industri, tetapi juga sebagai tonggak masyarakat,” kata Encik Zaqy.
“Melalui bimbingan dan penglibatan aktif, mereka sedang membentuk masa depan yang penuh peluang dan daya tahan untuk generasi akan datang.”
Raikan Ilmu diadakan sepanjang bulan Julai dengan pelbagai acara dan inisiatif untuk memupuk pembelajaran, kemajuan kerjaya, dan inspirasi kepada masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.