Skip to main content

Singapura

Makin ramai relawan, derma dihulurkan sempena Tahun Baru Cina kali ini

Musim cuti Tahun Baru Cina juga memberi peluang bagi banyak pertubuhan khidmat masyarakat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Feb 2019 04:50PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:38PM

SINGAPURA: Musim cuti Tahun Baru Cina juga memberi peluang bagi banyak pertubuhan khidmat masyarakat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pertubuhan-pertubuhan itu turut menyatakan mereka melihat semakin ramai relawan dan banyak sumbangan yang dihulurkan kali ini.

Encik Loh Pak Kim, berusia 83 tahun, adalah antara 80 penghuni Rumah bagi Warga Tua St John.

Walaupun Encik Loh boleh pulang ke rumah untuk menyambut perayaan kali ini, penghuni selama tujuh tahun ini menanti-nantikan saat ini untuk meraikan bersama rakan-rakannya di rumah warga tua berkenaan.

Bagi memeriahkan suasana Tahun Baru Cina, rumah itu akan menganjurkan kegiatan-kegiatan seperti permainan dan sajian ala bufet selama 15 hari.

Usaha itu tidak mampu dijayakan tanpa relawan seperti Encik Kevin Geow.

Pada 2018, rumah itu menyaksikan peningkatan 10 peratus sehingga 20 peratus bagi jumlah kunjungan relawan berbanding tahun sebelumnya.

Platform pendanaan orang ramai secara online juga menyaksikan peningkatan dalam jumlah sumbangan.

Dalam tempoh lima tahun lalu, sumbangan di platform giving.sg naik lebih seganda.

Portal giving.sg memudahkan sumbangan derma diagihkan kepada usaha-usaha seperti membantu warga tua dan kebajikan haiwan.

Pada musim perayaan tahun ini, portal itu melihat beberapa kempen Tahun Baru Cina.

Diuruskan Pusat Dermawan Relawan Nasional, giving.sg berharap orang ramai boleh mendermakan sebahagian daripada 'hongbao' mereka.

Tahun lalu, platform itu memungut lebih S$29 juta dan membantu lebih 500 usaha kebajikan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita