Skip to main content

Singapura

Makin ramai pemohon TRF mahu pulangkan semula S$500; ikhlas bantu teman senegara lebih memerlukan

Jumlah pemohon Dana Bantuan Sementara (TRF) yang berhasil mendapatkan bantuan S$500 daripada dana berkenaan tetapi kemudian memutuskan untuk mengembalikan bantuan wang tunai tersebut kepada pemerintah sudah menjangkaui 2,000 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Makin ramai pemohon TRF mahu pulangkan semula S$500; ikhlas bantu teman senegara lebih memerlukan

Menteri Negara MHA & MND, Dr Faishal Ibrahim. (Gambar fail)

Diterbitkan : 23 Apr 2020 12:00AM Dikemas Kini : 23 Apr 2020 10:40PM

SINGAPURA: Jumlah pemohon Dana Bantuan Sementara (TRF) yang berhasil mendapatkan bantuan S$500 daripada dana berkenaan tetapi kemudian memutuskan untuk mengembalikan bantuan wang tunai tersebut kepada pemerintah sudah menjangkaui 2,000 orang.

Bilangan mereka yang berbuat demikian meningkat 300% berbanding perangkaan yang didedahkan minggu lalu oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

SIFAT MURAH HATI BANTU TEMAN SENEGARA

Semasa memberikan perkembangan tersebut kepada BERITAmediacorp, Setiausaha Parlimen Kanan MSF Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut mengalu-alukan dan memuji sifat murah hati rakyat Singapura yang menawarkan untuk memulangkan agihan tunai itu bagi membantu rakan senegara yang lebih memerlukan.

Sejak permohonan dibuka pada 1 April lalu, sekitar 350,000 pemohon sudah menerima bantuan bernilai S$500 daripada TRF.

Bantuan berupa wang tunai itu dihulurkan kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap yang terjejas pekerjaan dan mata pencarian mereka akibat penularan COVID-19 di Singapura.

Namun, setelah mendapat tahu tentang bantuan lain yang diberikan pemerintah bagi melindungi pekerjaan dan gaji mereka menerusi Skim Bantuan Pekerjaan misalnya, semakin ramai penerima bantuan TRF yang tampil untuk memulangkan S$500 yang diterima itu.

Related article image
Para pemohon TRF menantikan giliran mereka pada hari pertama permohonan dibuka, 1 April 2020 (Gambar fail: Persatuan Rakyat)

Para pemohon TRF menantikan giliran mereka pada hari pertama permohonan dibuka, 1 April 2020 (Gambar fail: Persatuan Rakyat)

Dr Faishal juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya buat para kakitangan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dan Kelab Masyarakat (CC) serta para relawan mereka yang menjadi nadi penting dalam membantu masyarakat mendapatkan maklumat dan bantuan dalam masa genting ini.

"Selepas mereka menerima permohonan, mereka harus melihat dan menganalisa semua butiran yang diberikan. Jadi itu bukan satu aspek yang mudah. Ini adalah satu komitmen yang kita lihat daripada pekerja-pekerja kita di SSO dan CC dan sukarelawan kita yang tidak berputus asa untuk sama-sama menolong warga kita, lebih-lebih lagi pada waktu ini," dedah Dr Faishal.

Walaupun permohonan bagi bantuan termasuk TRF kini boleh dilakukan secara online, masih ada yang datang ke kelab-kelab masyarakat untuk berbuat demikian.

Menurut pemerhatian seorang pengurus di Pejabat Kawasan Undi Tampines Central, Cik Aisha Jiffry, terdapat beberapa faktor mengapa penduduk memilih untuk datang terus ke kelab-kelab masyarakat bagi tujuan tersebut.

Masih ada penduduk yang pilih untuk datang ke Kelab Masyarakat untuk membuat permohonan berbanding melakukannya secara online (Gambar fail: Persatuan Rakyat)

Masih ada penduduk yang pilih untuk datang ke Kelab Masyarakat untuk membuat permohonan berbanding melakukannya secara online (Gambar fail: Persatuan Rakyat)

"Penduduk mahukan sentuhan peribadi dan juga untuk meluahkan perasaan atau tekanan mereka secara langsung kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Penduduk mahukan jawapan secara langsung sama ada mereka layak ataupun tidak," jelas Cik Aisha.

KAKITANGAN, RELAWAN BEKERJA KERAS BANTU PENDUDUK

Cik Aisha juga berkongsi dengan BERITAmediacorp mengenai kerja keras dan cabaran yang dilalui para kakitangan kelab masyarakat dan Persatuan Rakyat (PA) serta para relawan mereka semasa berkhidmat untuk masyarakat.

"Selain dari penat, terlalu ramai yang datang ke balai rakyat. Kawalan orang ramai dan langkah jarak selamat mesti diawasi. Memandangkan orang ramai mahukan duit TRF secepat mungkin, kami harus bekerja keras bagi memastikan borang-borang yang sudah diisi didaftarkan ke dalam sistem kami secepat mungkin. Kami bekerja dari 8.00 pagi sehingga lewat malam, selepas 12.00 tengah malam,"

Related article image
Para pegawai dan sukarelawan Kelab Masyarakat tekun membantu masyarakat (Gambar fail: Persatuan Rakyat)

Para pegawai dan sukarelawan Kelab Masyarakat tekun membantu masyarakat (Gambar fail: Persatuan Rakyat)

Bagi relawan seperti Cik Nadia Yeo yang juga anggota Jawatankuasa Belia PA MESRA, sumbangannya itu bukan sekadar 'korban masa' semata-mata.

Cik Aisha Jiffry (kiri) dan Cik Nadia Yeo (kanan) antara mereka yang menyingsing lengan bagi memastikan bantuan diberikan secepatnya buat golongan yang memerlukan sewaktu COVID-19 ini.

"Saya menganggap usaha ini sebagai usaha kecil untuk negara saya pada saat ia memerlukannya. Saya tampil untuk menolong kerana saya sedar betapa besarnya kesan COVID-19. Kami cuba seberapa mampu menerusi inisiatif ini," kata Cik Nadia.

Bagi mereka yang memenuhi kriteria untuk mendapatkan S$500 daripada TRF, mereka masih boleh membuat permohonan secara online atau di SSO dan CC sehingga 30 April.

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita