Makin ramai pelancong kunjungi S'pura; tapi kurang berbelanja
Semakin ramai pelancong mengunjungi Singapura dalam suku kedua tahun ini berbanding tahun lalu, namun mereka kurang berbelanja menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (9 Nov).

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Semakin ramai pelancong mengunjungi Singapura dalam suku kedua tahun ini berbanding tahun lalu, namun mereka kurang berbelanja menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (9 Nov).
Ketibaan pelancong antarabangsa meningkat 8 peratus berbanding setahun lalu, mencecah 4.6 juta pengunjung. Bagaimanapun, pendapatan pelancongan bagi tempoh yang sama jatuh 1.7 peratus kepada S$6.6 bilion.
Ini disebabkan oleh pelancong yang kurang berbelanja bagi sektor-sektor seperti membeli-belah serta makanan dan minuman (F&B) sepanjang tempoh suku kedua, menurut laporan tersebut.
Secara keseluruhannya, para pelancong berbelanja S$1.26 bilion untuk membeli-belah, merosot 22 peratus berbanding tahun sebelumnya dan S$601 bagi makanan dan minuman, jatuh 15 peratus daripada tahun sebelumnya.
Pendapatan bilik hotel naik 9.4 peratus berbanding setahun lalu, mencecah S$1 bilion, dengan kadar penginapan secara purata mencecah 85 peratus - naik 0.9 peratusan mata daripada tahun lalu.
Para pelancong dari China, Indonesia dan India adalah pengunjung yang paling berbelanja besar, menyumbang 45 peratus kepada pendapatan pelancongan tidak termasuk untuk bersiar-siar, hiburan dan segmen permainan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.