Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makin ramai lulusan politeknik dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian; gaji lebih tinggi

Para lulusan Politeknik yang tamat pengajian pada 2019 menikmati prospek pekerjaan yang lebih baik dan gaji purata lebih tinggi berbanding kohort sebelumnya, menurut laporan tahunan Tinjauan Pekerjaan Graduan pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Makin ramai lulusan politeknik dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian; gaji lebih tinggi

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 15 Jan 2020 11:28AM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 11:32AM

SINGAPURA: Para lulusan Politeknik yang tamat pengajian pada 2019 menikmati prospek pekerjaan yang lebih baik dan gaji purata lebih tinggi berbanding kohort sebelumnya, menurut laporan tahunan Tinjauan Pekerjaan Graduan pada Selasa (14 Jan).

Daripada 7,724 responden yang memasuki dunia pekerjaan pada 2019, 90.7 peratus berjaya mendapatkan pekerjaan enam bulan selepas tamat pengajian, meningkat dari 89.5 peratus pada 2018.

Tinjauan tersebut dijalankan secara bersama oleh Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republik, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek. Tinjauan itu turut menunjukkan secara keseluruhan gaji kasar median setiap bulan bagi para lulusan yang bekerja sepenuh masa meningkat dari S$2,350 pada 2018 kepada S$2,400 pada 2019.

Menurut hasil tinjauan itu, para lulusan dari kelompok Sains Kesihatan, termasuk pemegang diploma dalam bidang kejururawatan, optometri dan farmaseutikal sains, menerima gaji yang lebih tinggi berbanding lulusan dari kursus-kursus lain sejak 2017.

Seorang jurucakap yang mewakili jawatankuasa di sebalik tinjauan itu berkata bahawa kelima-lima institusi "berbesar hati" bahawa para lulusan politeknik terus memperlihatkan prestasi yang baik dalam pasaran pekerjaan meskipun ekonomi global mengalami kemelesetan. Beliau turut menambah bahawa para lulusan politeknik terus menjadi sasaran para majikan.

"Politeknik-politeknik akan terus bekerja rapat dengan rakan-rakan industri untuk membantu memastikan para pelajar kami memiliki ilmu dan kemahiran yang relevan supaya dapat memenuhi permintaan ekonomi, dan mendapat pekerjaan yang baik serta menikmati kerjaya yang bermakna.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan