Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makin ramai anak muda SG luang masa untuk kegiatan sukarela

Anggaran Waktu Membaca:
Makin ramai anak muda SG luang masa untuk kegiatan sukarela

Gambar hiasan. (Gambar: Youth Corps Singapore)

SINGAPURA: Lebih ramai anak muda kini meluangkan masa untuk kegiatan sukarelawan.

Menurut Youth Corps Singapore, terdapat peningkatan 20 peratus jumlah sukarelawan belia yang mengambil bahagian dalam kegiatan tempatan tahun ini, berbanding sebelum pandemik.

Peluang sukarela yang lebih singkat serta program yang diadakan semasa musim cuti sekolah menjadi tarikan utama.

Hampir 5,000 sukarelawan menyertai program Youth Corps Singapore tahun ini, berbanding hanya sekitar 4,000 yang menyertainya sebelum pandemik melanda.

"Kita telah melihat peningkatan dalam jumlah belia yang mengambil bahagian dalam aktiviti Youth Corps kerana kita telah membuat atau mencipta peluang untuk bersukarela dalam bentuk 'bite-sized'. Jadi mereka tidak perlu mengambil masa yang panjang.

"Ini memberikan mereka peluang untuk merasa sedikit bagaimana seronoknya melibatkan diri dalam acara sukarelawan dan memberikan mereka peluang untuk melihat apakah aktiviti-aktiviti yang sedia ada dalam ekosistem ini. Ini akan menggalakkan mereka untuk berkecimpung dalam arena sukarelawan ini dan diharapkan dalam usaha ini, kita juga dapat memupuk generasi pelapis dan pemimpin dalam kalangan mereka," kata Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kesihatan & Kementerian Undang-undang.

Sekitar 1,000 sukarelawan juga menyertai program sukarelawan luar negeri dan secara keseluruhan, mereka meluangkan masa lebih 50,000 jam perkhidmatan.

Tetapi lebih daripada menghidupkan semangat sukarelawan dalam kalangan anak muda, Youth Corps Singapore mahu menyokong para belia dalam pembangunan mereka.

Ini dengan menyediakan peluang bagi mereka untuk meraih ilmu dan pengalaman dalam isu-isu sosial dan juga menerusi program bimbingan dan kepimpinan.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan