Makin banyak syarikat manfaatkan skim pemerintah hasilkan produk makanan sihat
Geran bernilai S$7 juta yang diagihkan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) sejak Julai tahun lalu bagi menggalak penghasilan produk-produk makanan sihat serta memasarkannya, sudah mendapat sambutan menggalakkan.
SINGAPURA: Geran bernilai S$7 juta yang diagihkan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) sejak Julai tahun lalu bagi menggalak penghasilan produk-produk makanan sihat serta memasarkannya, sudah mendapat sambutan menggalakkan.
HPB menyatakan Skim Pembangunan Bahan-Bahan Sihat sudahpun menghasilkan 50 produk sihat yang boleh didapati di lebih 3,000 cawangan F&B.
Skim yang dilancarkan pada Julai 2017 dan dilanjutkan lagi dua bulan lalu menyediakan geran yang menyokong inovasi bagi mengurangkan kandungan gula dalam minuman, sos dan makanan-makanan pencuci mulut.
HPB menyatakan empat pengilang sudah memanfaatkan geran tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.